I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ahad, 12 Februari 2012

Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS)

Idea penubuhan Kor-Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) pada peringkat awalnya diilhamkan oleh YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke 5 yang pada ketika itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri semasa beliau berucap sempena pelancaran Ekspo Konvokesyen ke-12 di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok,Kedah.

Hasrat untuk membentuk sebuah badan beruniform "Ala Polis" di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) didorong oleh keinginan untuk melahirkan graduan cemerlang yang turut memiliki pengetahuan undang-undang, kemahiran, berdaya saing, berdisplin, berketrampilan dan dilengkapi dengan nilai-nilai murni serta harga diri yang tinggi.

Mengikut catatan sejarah, satu pasukan Sukarelawan Simpanan Polis DiRaja Malaysia USM (SSPDRM) ala Kor SUKSIS sekarang telah pun sedia wujud di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1985. Dukacitanya,program ini hanya bertahan selama 4 tahun sahaja disebabkan masalah pengurusan logistik dan kewangan. Selepas saranan YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, idea penubuhan Kor SUKSIS di seluruh IPTA disemarak semula pada tahun 2003.

Hasil perbincangan dan rundingan pertama antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dan PDRM, keputusan bersama dicapai bagi mewujudkan kumpulan pertama Kor SUKSIS IPTA di UUM seramai 75 orang siswa/siswi yang dikenali sebagai Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi atau Kor SUKSIS.
Sehingga kini, 20 buah IPTA di Malaysia telah menubuhkan Kor SUKSIS sebagai salah satu kursus ko-kurikulum. 14 Mei 2008, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) adalah yang terkini menubuhkan Kor SUKSIS IPTA.

SEJARAH PENUBUHAN
Proses penubuhan SUKSIS adalah untuk menyahut saranan YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Abmad Badawi yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri yang telah mencadangkan penubuhan Kor SUKSIS di semua IPTA semasa lawatan kerja beliau ke Bukit Aman pada 4 Februari 1999.

Pada tahun 2002, YAB Dato' Seri Abdullah selaku Perdana Menteri Malaysia telah menyarankan kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Haji Omar Bakri untuk membangunkan satu kurikulum di universiti-universiti yang dapat mendekatkan jurang pemisah di antara pelajar dan polis di samping penubuhan Kor Kadet Polis (sekolah menengah) dan Sukarelawan Polis (PVR) yang telah sedia ada.

Penubuhan Kor SUKSIS adalah tertakluk kepada undang-undang tubuh sukarelawan polis atau PVR yang terkandung dalam Akta Polis 1967. Ini bermakna kesemua anggota Kor SUKSIS adalah dilantik sebagai anggota sukarelawan polis dan mereka berhak menikmati semua keistimewaan serta kuasa-kuasa seorang anggota polis semasa bertugas menjalankan urusan rasmi atau latihan.

Hasrat untuk membentuk jawatan sebuah badan beruniform "Ala Polis" di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) didorong oleh keinginan untuk melahirkan graduan cemerlang yang turut memiliki pengetahuan undang-undang, kemahiran, berdaya saing, berdisplin, berketrampilan dan dilengkapi dengan nilai-nilai murni serta harga diri yang tinggi mengikut acuan Polis Diraja Malaysia.

Modul latihan selama tiga tahun yang dibentuk khas itu memberi penekanan bagi menanam kefahaman terhadap kerjaya kepolisan di kalangan pelatih di samping melengkapkan diri daripada segi ketahanan mental, fizikal dan disiplin diri.


OBJEKTIF
  • Melahirkan mahasiswa yang mempunyai semangat jati diri dan disiplin yang tinggi
  • Membentuk mahasiswa yang intelektual dan berkarisma dalam kepimpinan
  • Memupuk semangat setia kawan di kalangan mahasiswa yang berbilang kaum dan agama

KELAYAKAN
  • Mahasiswa Universiti Tahun Pertama Pengajian Ijazah
  • Warganegara Malaysia
  • Tinggi tidak kurang daripada 1.63m bagi lelaki dan 1.60m bagi wanita
  • Berat badan sekurang-kurangnya 47.6kg bagi lelaki dan 46.2kg bagi wanita
  • Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81 cm dan 86cm semasa menarik nafas. Calon-calon wanita dikecualikan dari syarat ini
  • Mempunyai daya penglihatan V/6/9 bagi kedua-dua belah mata yang diperiksa berasingan tanpa cermin mata dan pengamatan warna serta tidak cacat pendengaran
  • Tidak berkacamata (berkacamata boleh dipertimbangkan)

KEMUDAHAN
  •  Kemudahan pakaian seragam PDRM
  • Elaun Latihan dan Tugasan - RM 4.00 x 1jam
  • Elaun Tahunan (Bounty) -
              Saguhati penuh - RM 520.00 (Latihan melebehi 380jam)
              Saguhati tiga suku - RM 390.00 (Latihan 240jam ヨ 379jam)
              Saguhati separuh - RM 260.00 (Latihan 120jam ヨ 239jam)
  • Ko-Kurikulum (dikira 6 jam kredit)
  • Latihan Asas kepolisan (Inspektor)
  • Penginapan di Kolej
  • Perlantikan sebagai Inspektor Sukarelawan semasa pentauliahan

LATIHAN

  • Latihan Asas Kepolisan (Inspektor)
  • Latihan SUKSIS telah disusun dengan sistematik supaya tidak mengganggu pembelajaran mahasiswa
  • Syarahan undang-undang/amali di balai-balai Polis
  • Latihan pengendalian / menembak senjata api Kawat
  • Lawatan sambil belajar
  • Pentadbiran
  • Perkhemahan Pengurusan Profesional

Universiti yang mempunyai Pasukan Kor SUKSIS :
  1. UiTM (Universiti Teknologi MARA, Shah Alam campus)
  2. UiTM (Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang campus)
  3. UUM (Universiti Utara Malaysia)
  4. UPM (Universiti Putra Malaysia)
  5. UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia)
  6. USM (Universiti Sains Malaysia)
  7. UMK (Universiti Malaysia Kelantan)
  8. UMS (Universiti Malaysia Sabah)
  9. UNIMAS (Universiti Malaysia Sarawak)
  10. UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris)
  11. UIA (International Islamic University Malaysia)
  12. UTM (Universiti Teknologi Malaysia)
  13. UTHM (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia)
  14. UMT (Universiti Malaysia Terengganu)
  15. USIM (Universiti Sains Islam Malaysia)
  16. UDM (Universiti Darul Iman Malaysia)
  17. UniMAP(Universiti Malaysia Perlis)
  18. UMP(Universiti Malaysia Pahang)
  19. UTeM (Universiti Teknikal Malaysia Melaka)
  20. UM (Universiti Malaya)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan