I made this widget at MyFlashFetish.com.

Aktiviti Kadet

Setiap tahun, Unit Kor Kadet Polis SMK Telok Gadong akan menjalankan aktiviti-aktiviti sebagai pengisian aktiviti kokurikulum. Aktiviti yang dijalankan meliputi segala bentuk kemahiran dan pengetahuan mengenai kepolisan dan kemahiran ikhtiar hidup. 

Jenis-jenis Aktiviti dalam Unit Kor Kadet Polis Diraja Malaysia :
1.   Kawad -- semua jenis latihan termasuk pengendalian senjata dan kawad kaki.
2.   Kuliah -- undang-undang, tugas dan tanggungjawab Polis
3.   Pertolongan Cemas
4. Syarahan-syarahan berkenaan ancaman anasir-anasir jahat kepada negara dan cara mengelakan diri dari dipengaruhinya
5.   Khemah tahunan di mana ahli-ahli akan menjalankan latihan-latihan amali.
6.   Menjalankan gerakan jiwa murni dan projek kemasyarakatan.



Tujuan diadakan aktiviti-aktiviti tersebut :
1.  Meningkat kemahiran psikomotor / kerja tangan pelajar, dan menjadikan tubuh lebih sihat.
2.  Meningkatkan kemahiran kepimpinan dan bertindak mengikut arahan anggota melalui kawad dan aktiviti berkumpulan. Aktiviti kawad membolehkan pelajar belajar memberikan arahan dan berdepan dengan tanggungjawab pemimpin, dan juga belajar mendengar arahan dengan bertindak mengikut arahan ketua platun.
3.  Meningkatkan kemahiran sosial dan berkomunikasi anggota dengan menjalankan aktiviti kawad, kem tahunan, dan aktiviti kemasyarakatan.
4.  Meningkatkan kekuatan mental pelajar dengan mengikuti kawad, kem dan latihan-latihan lasak.
5.  Memberikan pendedahan dan meningkatkan kesedaran pelajar mengenai bidang tugas dan tanggungjawab polis serta risiko-risko kerjaya polis. 
6.  Memberi pendedahan kepada pelajar kemahiran-kemahiran lain yang diperlukan bagi menjalankan kehidupan.
7.  Meningkatkan disiplin pelajar dan mengurangkan salah laku disiplin. 




Aktiviti-aktivti Yang Dijalankan

1. Peringkat Sekolah


2. Peringkat Daerah, Negeri, Kebangsaan
  •   Tahun 2011
  •   Tahun 2012  



Perancangan Aktiviti :