I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ikhtiar Hidup

Survival Skill atau dalam bahasa Melayu, Ikhtiar Hidup merupakan antara perkara paling asas dalam kemahiran yang perlu ada dalam menjalani kehidupan seharian. Seseorang yang mahir dalam kemahiran ikhtiar hidup akan dapat mengaplikasikan kemahiran ini dalam kehidupan seharian terutama sekiranya berlaku kecemasan atau keadaan memerlukan.

Antara kemahiran ikhtiar hidup yang perlu anda ketahui adalah :

  • Pertolongan Cemas / Bantu Mula

          Kemalangan sering berlaku tanpa anda sedari. Oleh itu, kemahiran pertolongan cemas sangat penting terutama jika berlaku kemalangan atau kecemasan terutama di sekitar anda. Sekiranya berlaku sebarang kecemasan, anda berupaya menyelamatkan nyawa mangsa.

Pelajari cara melakukan pertolongan cemas di sini.

  • Ikatan dan simpulan tali

          Ketika menjalani aktiviti lasak, terutama bersukan, perkhemahan, dan sebarang aktiviti lasak, ikatan dan simpulan tali sebenarnya memainkan peranan penting. Selain daripada itu, ketika berlaku kecemasan seperti banjir yang memerlukan anda mengikat mangsa banjir untuk ditarik ke tempat selamat, ikatan tali juga dapat digunakan. Oleh itu, penting bagi anda mempelajari cara menyimpul tali dengan betul supaya ikatan yang kemas dan sesuai dapat dihasilkan.
 
Pelajari cara melakukan ikatan dan simpulan tali di sini.

  • Perkhemahan


Sebagai anggota unit beruniform, anda sekurang-kurangnya sekali, pernah menyertai aktiviti perkhemahan yang dianjurkan oleh sekolah atau pihak-pihak lain. Tahukah anda berapa jenis khemah dan cara memasang khemah supaya khemah anda kukuh dan selamat untuk anda? Tahukah anda apakah kelengkapan lain yang diperlukan sekiranya anda ingin menjalankan aktiviti perkhemahan? Dengan mempelajari cara pemasangan khemah, anda dapat mengetahui cara terbaik untuk menjadikan perkhemahan anda selamat untuk dijalankan.

Pelajari cara menjalankan aktiviti perkhemahan yang selamat di sini.

  • Pembacaan kompas dan tunjuk arah


Pembacaan peta dan tunjuk arah merupakan satu lagi kemahiran yang perlu diketahui dan dipelajari. Kemahiran ini sangat penting bagi memudahkan pencarian tempat atau kedudukan sekiranya seseorang itu sesat.

Pelajari cara membaca kompas dan tunjuk arah di sini : Siri 1 , Siri 2