I made this widget at MyFlashFetish.com.

Kerjaya Di PDRM


Sebagai anggota Kor Kadet Polis DiRaja Malaysia, pelajar boleh menggunakan peluang ini untuk mengalami dan merasai pengalaman sebagai sebahagian anggota keluarga PDRM. Selain daripada itu, pelajar yang berminat boleh sentiasa melihat peluang kerjaya dalam PDRM sebagai kerjaya pilihan pelajar kelak. Ruangan ini bertujuan untuk memberikan panduan am tentang cabang-cabang dalam kerjaya polis. Dari sini pelajar dapat memahami bahawa kerjaya polis bukan sekadar menangkap penjenayah, PDRM juga mempunyai banyak bidang lain yang mungkin menarik minat pelajar.

Pendahuluan
Polis DiRaja Malaysia adalah salah satu perkhidmatan yang terbesar di negara ini. Oleh kerana fungsinya yang berbeza-beza dan unik maka sudah semestinya ia memberi banyak peluang yang tidak boleh didapati dalam perkhidmatan lain. Pelbagai bahagian yang terdapat di dalamnya boleh menawarkan peluang kerjaya yang mencabar dan menyeronokkan. Di samping berpeluang berkhidmat untuk negara, anda juga dapat mencungkil dan mengasah bakat terpendam yang mungkin ada pada diri anda.

Prospek Kerjaya
Peluang-peluang sentiasa terbuka bagi anda untuk berada dalam salah satu daripada unit-unit yang tersebut di bawah ini mengikut Jabatan-jabatan dalam merealisasikan impian anda.

Pengurusan
Cawangan Pentadbiran
Cawangan Kebajikan
Bahagian Latihan
Cawangan Penyelidik / Pembangunan
Cawangan Perkhidmatan
Bahagian Tatatertib
Bahagian Perkhidmatan / Perjawatan
Bahagian Hal Ehwal Awam
Cawangan Perhubungan Awam
Bahagian Istiadat
Cawangan Pembantu
Cawangan Persatuan Polis
Cawangan Kem Komandan
Majlis Sukan PDRM

Jabatan KDN/KA
Urusetia
Pentadbiran
Pembangunan / Bekalan
Gerakan
Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP)
Unit Berkuda
Pasukan Gerakan Am
Pasukan Gerakan Khas
Cawangan Trafik
Cawangan Marin
Unit Udara Polis

Jabatan Siasatan Jenayah
NCB / Interpol
Bahagian D1 - Pentadbiran
Bahagian D2 - Pusat Pendaftaran Jenayah
Bahagian D3 - Naziran
Bahagian D4 - Risikan Jenayah
Bahagian D5 - Pendakwaan / Undang-undang
Bahagian D6 - Bantuan Teknik
Bahagian D7 - Kongsi Gelap / Judi / Maksiat
Bahagian D8 - Penyelidik / Perancang
Bahagian D9 - Siasatan Khas
Bahagian D10 - Forensik
Bahagian D11 - Bahagian Seksual Dan Kanak-Kanak

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil

Bahagian Siasatan Pengubahan Wang Haram Zon Utara/Timur
Bahagian Siasatan Pengubahan Wang Haram Zon Tengah/Selatan/Sabah & Sarawak
Bahagian Siasatan Forensik Accounting
Bahagian Siasatan Kewangan
Bahagian Siasatan Koperat
Bahagian Siasatan Lain-lain Pemalsuan
Bahagian Siasatan Jenayah Siber & Multimedia
Bahagian Operasi/Bantuan Teknik
Bahagian Pentadbiran/KAB
Bahagian Penyelidikan/Risikan
Bahagian Naziran
Bahagian Perundangan
Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

Bahagian Siasatan Khas
Bahagian Penyelaras / Perhubungan Antarabangsa
Bahagian Pentadbiran
Bahagian Seliaan
Bahagian Latihan
Bahagian Logistik
Bahagian Pendaftaran
Bahagian Tahanan
Risik Zon I
Risik Zon II
Perlucuthakan Harta
Soal Siasatan
Pakar / Bantuan Teknik

Jabatan Logistik

Cawangan Naziran
Pelupusan / Stok / Verifikasi / Hapus Kira
Pengkajian / Perolehan
Perolehan Am
Perolehan Teknikal
Bahagian Bangunan
Bahagian Kewangan
Gaji Pasukan Gerakan Am
Bahagian Pengangkutan
Bahagian Persenjataan
Bahagian Teknologi Maklumat
Bahagian Komunikasi

Bagaimana?
Anda boleh memasuki perkhidmatan polis melalui 3 cara iaitu, sebagai Konstabel Sokongan, Konstabel dan Inspektor. Jika anda terpilih, anda akan menjalani kursus asas selama 3-12 bulan di pusat-pusat latihan polis bagi mempelajari undang-undang, sains kepolisan, kawad, persenjataan, latihan jasmani, termasuk seni mempertahankan diri. Anda juga akan menjalani latihan amali di daerah-daerah polis selama 9 bulan.
Setiap ahli pasukan mesti melalui tempoh percubaan selama 3 tahun sebelum disahkan dalam jawatan.

Kenaikan Pangkat
Setiap anggota dalam perkhidmatan polis mempunyai peluang yang sama untuk kenaikan pangkat. Setiap anggota akan dinilai dari aspek tempoh perkhidmatan, kecemerlangan dalam tugas dan rekod perkhidmatan yang baik.

Cara Memohon
Konstabel & Konstabel Sokongan
Permohonan hendaklah dengan menghantar borang POL 1/2008 yang boleh didapati di semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) apabila iklan bagi jawatan berkenaan disiarkan di akhbar-akhbar tempatan dan laman web rasmi PDRM (www.rmp.gov.my).

Peringatan
Hanya pemohon yang layak selepas proses akan dipanggil untuk temuduga
Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan sebagai tidak berjaya.



Kelayakan Memohon Jawatan Konstabel



Kelayakan Memohon Jawatan Inspektor

Pertanyaan

Unit Pengambilan
Cawangan Perjawatan
Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia
Bukit Aman.
50560 Kuala Lumpur
Tel : 03-22668345