I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jumaat, 8 Julai 2011

Pertolongan Cemas / Bantu Mula



Definisi:

Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital.

Prinsip-prinsip pertolongan cemas:
  1. Menyelamatakan nyawa
  2. Mengurangkan kesakitan
  3. Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk
  4. Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital

Peraturan Am Pertolongan cemas:
  1. Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.
  2. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu
  3. Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa.
  4. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.
Tindakan serta merta pertolongan cemas:
  1. Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.
  2. Memberikan rawatan renjatan dengan segera.
  3. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.
  4. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna .
Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula:

Bertindak dengan cepat dan tenang.  Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dll.

Bertindak berdasar DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation] iaitu:
    1.    Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya [D]
    2.    Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika mangsa sedar. [R]
    3.    Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa [A]
    4.    Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air Resuscitation [B]
    5.    Pastikan nadi mangsa berfungsi  - semak di nadi karotid atau di leher [C], jika tidak lakukan CPR [Cardio Pulmponary Resuscitation]

    ----------------------------------------------------------------------------------------------------
    Teknik-Teknik Rawatan Pertolongan Cemas




    Luka/Pendarahan

    1.   Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih sehingga pendarahan berhenti [darah membeku]
    2.   Jika darah masih mengalir balut kawasan yang berdarah atau tambahkan tekanan ke atas kawasan yang luka
    3.   Pastikan kawasan yang cedera berada dalam keadaan yang lebih tinggi dari jantung dan otak. Praktikkan teknik RICE.
    4.   Tenangkan mangsa.
    5.   Hantar mangsa dengan segera ke hospital.

    -----------------------------------------------------------------------------------------------------------


    Keracunan

    Tanda-tanda:

    1.    Maklumat dari mangsa
    2.    Mangsa sakit dengan tiba-tiba
    3.    Kesan terbakar di sekeliling mulut atau bibir
    4.    Anak mata menguncup ke saiz mata jarum peniti.

    Rawatan:

    1.    Larutkan racun dengan memberi segelas air atau susu jika mangsa sedar dan tiada  tanda-tanda sawan.  JANGAN beri minuman jika mangsa muntah.
    2.    Simpan bekas racun bagi tujuan analisis.
    3.    Segera hubungi hospital
    4.    Jangan cuba meneutralkan racun tersebut dengan cuka atau air limau 

    -------------------------------------------------------------------------------------------------------


    Terkejut
     
    Tanda-tanda:

    1.    Badan berpeluh
    2.    Pucat
    3.    Rasa nak pengsan
    4.    Resah
    5.    Nafas kerap tapi tipis
    6.    Kadar nadi bertambah tapi lemah

    Rawatan

    1.    Baringkan mangsa
    2.    Lembabkan bibir mangsa dengan air jika ia dahaga
    3.    Jika tidak sedar, baringkan dalam posisi 'recovery'
    4.    Jika sedar, baringkan secara terlentang dengan muka dipusing ke tepi dan kaki ditinggikan
    5.    Selimutkan jika suhu badan menurun
    6.    Segera hantar ke hospital

    -------------------------------------------------------------------------------------------------------



    Terbakar

    Klasifikasi terbakar
     


    1.    First Degree - dipermukaan kulit sahaja
            a. Kemerah-merahan atau hilang warna
            b. bengkak sedikit dan rasa sakit
            c. cepat sembuh


    2.    Second Degree - melibatkan hujung-hujung saraf
            a. merah
            b. ada tanda-tanda gelembung [blisters]
            c. bengkak yang nyata [beberapa hari]
            d. kulit basah akibat lelehan plasma yang keluar dari lapisan kulit yang rosak.


    3.    Third Degree
            a. kerosakan tisu lebih dalam
            b. kemusnahan pada lapisan kulit luar
            c. tisu-tisu dalam dapat dilihat.

    Penting!!!!  Orang dewasa yang 15% permukaan badan dan kanak-kanak 10% permukaan badan terbakar perlu dimasukkan ke hospital

    Rawatan

    1.    Sejukkan dengan serta merta dengan air sejuk
    2.    Tutup bahagian yang terbakar dengan air bersih
    3.    Baringkan mangsa
    4.    Jangan gerakkan bahagian yang terbakar
    5.    Beri minuman sedikit bagi mangsa yang sedar
    6.    Hantar segera ke hospital

    -------------------------------------------------------------------------------------------------------



    Melecur

    Rawatan

    1.    Sejukkan dengan air sejuk
    2.    Jika baju tidak melekat pada kulit dan masih lembab, tanggalkan pakaian
    3.    Rawat seperti mangsa terbakar

    -------------------------------------------------------------------------------------------------------



    Kejutan Elektrik

    1.    Putuskan hubungan elektrik
    2.    Periksa pernafasan, beri pemulihan pernafasan [EAR] jika pernafasan mangsa terhenti
    3.    Rawat bagi terbakar jika ada.

    ----------------------------------------------------------------------------------------------

    Terseliuh [dislocation]

    Kecederaan di bahagian sendi akibat daya dari luar yang kuat menyebabkan ligamen tertarik atau koyak. Kawasan kecederaan biasa di pergelangan tangan atau kaki serta lutut.

    Rawatan:   RICE

    1.    Rehatkan kawasan yang cedera [Rest]
    2.    Letakkan ais yang telah dibungkus didalam kain ke tempat cedera [Ice]
    3.    Balut tempat yang cedera [Compression]
    4.    Tinggikan tempat cedera dari paras jantung [Elevation]
    5.    Hantar ke hospital

    -------------------------------------------------------------------------------------------------------


    Ketegangan Otot

    Kecederaan apada otot akibat terregang berlebihan, akibat terlebih guna atau mengangkat benda yang berat.  Tanda dan alamat - sakit yang tajam di tempat cedera dan diikuti dengan bengkak.

    Rawatan:   RICE


    -------------------------------------------------------------------------------------------------------



    Terkehel

    Kecederaan di sendi yang melibatkan tulang terkeluar dari kedudukan asalnya.  Biasanya di bahu, siku, jari dan rahang.  Terkehel mungkin diikuti dengan patah tulang.  Tanda-tanda: Sakit tidak boleh menggerakkan bahagian yang cedera, cacat bentuk anggota tersebut.

    Rawatan:
    1. Berikan rawatan renjatan.
    2. Jangan sekali-kali cuba memasukkan sendi yang terkeluar itu ke tempat asal.
    3. Jangan lakukan banyak pergerakan.
    4. Balut dengan  padding atau anduh di tempat yang cedera.
    5. Hantar segera ke hospital. 
    -------------------------------------------------------------------------------------------------------



      Tiada ulasan:

      Catat Ulasan