I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 4 Februari 2012

Jenayah Juvana

Jenayah Juvana merujuk kepada perlakuan jenayah atau anti-sosial golongan juvenil (remaja). Jenayah jenis ini merupakan sesuatu yang makin membimbangkan semua pihak di seluruh dunia. Ia merupakan satu isu sosial yang penting kerana golongan ini mampu melakukan jenayah berat, namun mereka masih belum boleh dipertanggungjawabkan sepenuhnya.

Gelaran Juvana lebih merujuk kepada remaja. Had umur yang boleh dikategorikan sebagai Juvana ialah bermula usia 10 tahun sehingga 18 tahun. Apabila seseorang mencapai umur ini, dia sudah boleh dianggap sebagai remaja. Oleh itu, sebarang kesalahan jenayah yang layak untuk disabitkan dan dikenakan hukuman, boleh dikenakan dan dibicarakan ke atas pesalah remaja ini di bawah Akta Mahkamah Juvana 1947.    

Jenayah yang dilakukan oleh juvenil boleh disenaraikan dalam pelbagai kategori, iaitu jenayah yang melibatkan harta benda, pergaduhan yang membawa kecederaan, kes rompakan, pecah rumah, jenayah yang melibatkan peralatan senjata berbahaya, kes rogol, ugutan yang melibatkan keganasan, corak kehidupan, penagihan dadah dan lain-lain. 


Bentuk hukuman yang boleh dikenakan ke atas pesalah Juvana :

a. Buang Kes
b. Membebaskan juvana selepas beliau menandatangani bon untuk berkelakuan baik.
c. Menempatkan juvana di bawah jagaan saudara atau penjaga yang sesuai.
d. Memerintahkan ibubapa juvana menandatangani bon untuk menentukan jagaan dan didikan yang baik terhadapnya.
e. Mengeluarkan "Probation Order" yang meletakkan juvana di bawah penyeliaan Pegawai Akhlak di antara satu hingga tiga tahun. Perintah ini membebaskan juvana dengan syarat beliau akan didakwa semula di
Mahkamah Juvana atas tuduhan lama dan baru jika beliau ditangkap melakukan kesalahan di bawah undang-undang selepas perintah tersebut dikeluarkan. Selain daripada itu perintah ini boleh menentukan kemasukan juvana ke dalam Sekolah Akhlak, yang mana tempoh masanya dan tidak melebihi tiga tahun; atau kemasukan ke dalam asrama akhlak selama setahun. Ibubapa atau penjaga boleh dihukum untuk membayar nafkah anak mereka semasa di dalam institusi yang berkenaan.
f. Memerintah juvana dimasukkan ke dalam Sekolah Henry Gurney.
g. Memerintahkan juvana membayar denda, ganti rugi atau kos.
h. Sekiranya pesalah itu seorang muda dan kesalahannya sesuai bagi beliau dipenjarakan, maka mahkamah Juvana boleh menjatuhkan hukuman setaraf dengan hukuman yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Seksyen, ataupun dipindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Sekatan Hukuman Ke Atas Pesalah Juvana :

Sebagai remaja, pesalah juvana boleh mendapat beberapa sekatan atau kelonggaran hukuman yang menghalangnya daripada menerima hukuman seperti mana orang dewasa. Bentuk kelonggaran hukuman tersebut termasuklah :
   
a) Tiada seorang pun kanak-kanak boleh dihukum penjara atau diperintah supaya dipenjarakan bagi sesuatu kesalahan ataupun ditempatkan di penjara kerana tidak membayar denda ganti rugi atau kos.
b) Tiada seorang pun orang muda boleh dihukum penjara atau diperintah supaya dipenjara jika dia boleh diuruskan dengan sesuai (suitably dealt with) dengan hukuman lain seperti denda atau ditempatkan di suatu tempat tahanan, sekolah yang diluluskan, atau ditempatkan di suatu tempat tahanan, sekolah yang diluluskan, atau Sekolah Henry Gurney atau selainnya.
c) Seseorang muda yang dihukum penjara atau diperintah supaya dipenjarakan tidak boleh dibenarkan bergaul dengan banduan-banduan dewasa.
d) Hukuman mati tidak boleh dijatuhkan atau direkodkan terhadap seseorang juvana, tetapi sebagai gantinya mahkamah hendaklah memerintahkan supaya dia ditahan selama tempoh yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Pihak Berkuasa Negeri, mana-mana yang berkenaan.

Bentuk Hukuman Yang Diberikan :

Biasanya pesalah juvana yang telah disabitkan kesalahan nya akan dikenakan tindakan dengan dihantar ke pusat pemulihan atau sekolah pemulihan tertentu. Antaranya termasuklah:

a) Sekolah Henry Gurney
b) Pusat Pemulihan Akhlak
c) Pusat Perlindungan Wanita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan