Sepuluh Jenis Simpulan Asas
Ahli – ahli Penyelamat hendaklah membiasakan dengan ikatan – ikatan dan lilitan tali berikut, dan sentiasa mengamalkannya. Mereka mestilah belajar bagaimana membuat dan menggunakan ikatan dan lilitan dengan cepat dan cekap. Ikatan – ikatan mestilah sentiasa diikat dengan kemas.
( 1 ) Thumb Knot ( Simpulan Mati )
Ini adalah satu simpulan yang mudah diikat di hujung sesuatu tali untuk menahan tali dari tercabut dari ” Block Pulley ” atau untuk kegunaan sementara mengikut hujung tali supaya tidak terburai. Simpulan ini dibentuk dengan membuat satu lingkaran dan simpulkan hujung melalui hujung lain.
( 2 ) Reef Knot ( Simpulan Buka Sila )
Ianya adalah digunakan untuk menyambungkan dua tali yang bersama ukuran saiznya. Ini boleh dibentuk seperti simpulan mati dengan diikat kerana menyusung iaitu kiri keatas kanan dan kanan keatas kiri. Ianya dengan cepat dapat dilucutkan dan merupakan satu ikatan yang berguna untuk maksud umum. Ianya hendaklah digunakan bagi semua saiz apabila terdapat yang tetap.
( 3 ) Clove Hitch ( Simpulan Manuk / Manggis ).
Ini merupakan asas bagi berbagai – bagai menambatkan ikatan – ikatan dan boleh digunakan pada hujung atau ditengah – tengah tali. Apabila diikat di penghujung tali, ianya akan menjadi satu ikatan sauh yang kuat dan juga mudah dilucutkan.
( 4 ) Sheet Bend ( Bunga Geti )
Ada dua jenis ikatan Bunga Geti, iaitu Bunga Geti Tungal dan Bunga Geti Berganda. Kedua – duanya adalah digunakan untuk menyambungkan dua tali yang berlainan besar. Ianya mempunayai faedah supaya mereka tidak akan terlucut apabila tali – tali basah.
( 5 ) Bowline ( Tindih Kasih )
Ikatan tindih kasih merupakan satu lubang gelung yang tidak terlucut dihujung seutas tali dan sangat berguna bagi ikatan penyauh. Ianya boleh digunakan bagi tujuan menurunkan atau menaikkan dan sebagai tali pandu keselamatan kepada seseorang. Seseorang yang pengsan kadangkala boleh ditarik keluar dari bangunan
dengan menggunakan kedua hujung tali dengan ikatan tindih kasih di bawah ketiak dan di dadanya. Mangsa itu hendaklah diterlentangkan dan penyelamat masukkan kepalanya melalui ikatan tali itu dan merangkak serta tarik keluar dari bangunan.
sambungan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan