I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rabu, 29 Februari 2012

Penangguhan Kem Kadet Polis Daerah Klang Selatan

PERHATIAN KEPADA ANGGOTA KADET POLIS SMKTG!!


Perkhemahan Kem Kadet Polis Daerah ditangguhkan ke bulan April 2012 pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Harap maklum. Terima kasih.

Kem Kadet Polis Peringkat Daerah Klang Selatan 2012

PERHATIAN

Kepada anggota kadet yang berminat untuk menyertai perkhemahan Kor Kadet Polis peringkat Daerah Klang, sila serahkan nama pada Pn Azureen atau Cik Farahiyah untuk pendaftaran.

Tarikh Perkhemahan  :  3 – 6 April 2012
Tampat : Kompleks Rakan Muda, Sementa Klang
Sasaran : 10 lelaki, 10 perempuan.
Bayaran: RM 45.00 seorang.
Tarikh akhir serah nama dan bayaran:  28 Mac 2012 

Syarat-syarat :
       1. Telah berdaftar dengan PDRM dan mempunyai kad keahlian Kadet Polis
       2. Berumur 15 tahun – 17 tahun.
       3. Tidak mempunyai penyakit yang kronik (sakit jantung, lelah dan lain-lain.)     
       4. Mempunyai uniform lengkap beserta kasut dan beret.
       5. Sihat tubuh badan, berkemahiran dalam Kawad Polis dan berdaya tahan lasak.

Aktiviti yang dijalankan di Perkhemahan.
       1. Pertandingan kawad individu dan berkumpulan.
       2. Pertandingan jalan lasak (individu)
       3. Pertandingan merentas halangan (berkumpulan).
       4. Pertandingan Pandu Arah (berkumpulan)
       5. Pertandingan Persembahan Kebudayaan. 

Anggota yang masih belum mendaftar keahlian boleh mengisi borang dan hantarkan kepada Cikgu Farahiyah atau Cikgu Azureen selewat-lewatnya pada 26 Mac 2012. Tolong rujuk cara Mengisi Borang Pendaftaran Kadet  

Rabu, 15 Februari 2012

Tokoh Pencapaian Cemerlang Kokurikulum 2011

Seorang anggota Kor Kadet Polis SMK Telok Gadong Telah berjaya mencapai keputusan yang memberangsangkan dengan mendapat penganugerahan Tokoh Pencapaian Cemerlang Kokurikulum 2011 SMK Telok Gadong. Tahniah kepada Sub Inspektor Kadet Zairol Hazren B. Rohizat. Berikut merupakan pencapaian yang diraih beliau. Diharapkan anggota kadet SMKTG dapat mencontohi beliau.

 
  
Nama           : Zairol Hazren Bin Rohizat
Tarikh Lahir : 15 Julai 1994

Pangkat        : Sub Inspektor Kadet

Pencapaian :

Sekolah :
2010 : Kawad Sukan Tempat Kedua

Daerah  :
2008 :  Kem Peringkat Daerah : 
                  - Jalan Lasak (Naib Johan)
                  - Rentas Halangan (Naib Johan)

2010 :   Kem Peringkat Daerah : 
                  - Kawad Kaki Kem Daerah (Johan)
                  - Kawad GO (Ke-6)
                  - Rentas Halangan Tempat (Naib Johan)
                  - Jalan Lasak (Ke-3)
                  - Lulus ujian kenaikan pangkat Sub Inspektor Kadet

2011 :   Kem Peringkat Daerah :
                  - Kawad Kaki Daerah (Johan)
                  - Rentas Halangan Daerah (Johan)
                  - Jalan Lasak Daerah (Johan)
             
             Kem Peringkat Negeri : 
                  - Rentas Halangan (Johan),
               
             Kem Peringkat Kebangsaan :
                  - Selangor Juara Keseluruhan.
                  - Jalan Lasak (Johan)
                  - Rentas Halangan (Naib Johan)
                  - Kawad Kaki Kem Kebangsaan (Naib Johan)


Ahad, 12 Februari 2012

Contoh Borang Pendaftaran Kadet Polis (Medical Checkup)

Contoh Borang Pendaftaran Kadet Polis (Medical Checkup




Cara Mengisi Borang Pendaftaran Kadet Polis (Medical Checkup)

Untuk menyertai aktiviti peringkat daerah dan peringkat yang lebih tinggi, seseorang anggota kadet perlu mendaftarkan keahlian terlebih dahulu dengan mengisi Borang Pendaftaran. Borang pendaftaran boleh didapatkan daripada Guru Penasihat Kadet Polis. Borang yang lengkap akan dihantar pada IPD untuk diproses. Selepas selesai, satu kad keahlian akan diberikan. Berikut merupakan cara mengisi borang pendaftaran. Klik gambar untuk besarkan.




Aktiviti Sepanjang Tahun 2011

Aktiviti Kor Kadet Polis SMKTG sepanjang 2011 :

1. Pertandingan Kawad Pasukan, Kejohanan Olahraga Padang dan Balapan SMKTG 2011
    - Pasukan kami berjaya mendapat tempat keempat. Tahniah di atas kerjasama dan semangat berpasukan ahli-ahli. >> lihat gambar

 2. Kem Daerah Klang Selatan di Nur Laman Bestari, Batu Caves : ( 25 hingga 28 April 2011)
     - Pasukan kami berjaya mendapat beberapa pencapaian :
        1. Kawad Kaki Berkumpulan (L) :
        2. Kawad Kaki Berkumplan (P) : 
        3. Rentas Halangan :
        4. Jalan Lasak :

     >> lihat gambar

3. Kem Negeri Selangor di Nur Laman Bestrai, Batu Caves : (9 hingga 12 Mei 2011)
    - Pasukan kami berjaya mendapat beberapa pencapaian :
        1. Kawad Kaki Berkumpulan (L) :
        2. Kawad Kaki Berkumplan (P) : 
        3. Rentas Halangan :
        4. Jalan Lasak :

     >> lihat gambar

4. Pertandingan Kawad Kaki Hari Kor Kadet Polis Negeri.
    - Pasukan kami tidak memenangi pertandingan ini namun kami telah berusaha sedaya upaya. Terima kasih di atas usaha anggota terlibat.
        
5. Anugerah Khas Kokurikulum
    - Seorang anggota Kadet Polis SMKTG berjaya mendapat Anugerah Tokoh Kokurikulum Terbaik SMK Telok Gadong di atas pencapaian yang cemerlang dalam Kadet Polis. Pencapaian tertinggi beliau termasuklah kejayaan mencapai Johan dalam pertandingan ketika Perkhemahan Tahunan Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan. Tahniah, Sub Inspektor Kadet Zairol Hazren B. Rohizat !
     >> Maklumat lanjut di sini.
   

Aktiviti Sepanjang Tahun 2012

Aktiviti Kor Kadet Polis SMKTG sepanjang 2012 :

1. Sambutan dan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Pada 11 Februari 2012
    - Sambutan ini diadakan sempena ulang tahun kelahiran Junjungan Besar, Nabi Muhammad S.A.W. . Sempena sambutan ini, Pertandingan Perarakan diadakan dan pasukan Kadet Polis SMKTG turut meyertai Perarakan tersebut. Seramai 45 orang anggota yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga 5 bertungkus lumus membuat persiapan untuk perarakan ini. Pasukan kami mendapat hadiah saguhati. Tahniah di atas usaha bersungguh-sungguh para peserta! >> lihat gambar.
   

2.

Kepimpinan Kor Kadet Polis SMK Telok Gadong

Kepimpinan Kor Kadet Polis SMK Telok Gadong 2012


Sesi Pagi



Sesi Petang




Kepimpinan Kor Kadet Polis SMK Telok Gadong 2011   

Maklumat Am Kor Kadet Polis Diraja Malaysia

Maklumat berkenaan Kor Kadet Polis Diraja Malaysia meliputi beberapa perkara :

1.  Maklumat Am Kor Kadet Polis Diraja Malaysia
2.  Pakaian Seragam
3.  Lagu Kadet Polis Diraja Malaysia : Kadet Terus Maju

Perkhemahan

Aktiviti perkhemahan merupakah antara aktiviti penting dalam sesuatu unit beruniform. Melalui aktiviti ini, pelajar dapat mengaplikasikan segala ilmu yang dipelajari dalam aktiviti unit beruniform. Beberapa perkara yang perlu diambil kira apabila menyertai sesuatu perkhemahan sama ada anjuran sekolah, daerah, negeri, mahupun badan luar yang lain:

1. Tahap kesihatan peserta
2. Surat kebenaran ibu bapa, sekolah.
3. Kelengkapan perkhemahan


1. Tahap Kesihatan Peserta


Tahap kesihatan peserta merupakan aspek amat penting sebelum peserta membuat keputusan untuk menyertai sesuatu perkhemahan. Perlu diingatkan bahawa perkhemahan melibatkan aktiviti yang lasak dan sukar berbanding aktiviti biasa. Oleh itu kesihatan peserta perlulah dalam keadaan baik sebelum peserta menyertai aktiviti tersebut.

Dua tahap kesihatan yang perlu diambil kira :

1. Kesihatan Fizikal.
    - Merangkumi tahap kesihatan tubuh badan peserta. Sekiranya peserta mempunyai sebarang masalah kesihatan seperti alahan, sakit kronik seperti sakit jantung, asma yang teruk, dan sakit fizikal yang lain yang menyukarkan peserta ketika aktiviti, peserta perlulah mendapatkan kebenaran dari doktor untuk menentukan sama ada peserta layak atau tidak layak menyertai aktivit terbabit. 


2. Kesihatan Mental
    - Kesihatan mental juga amat penting sebelum menyertai aktiviti lasak. Peserta perlulah bersedia dari segi mental untuk menghadapi kesukaran ketika aktiviti perkhemahan. Mental yang lemah akan menyebabkan peserta mudah mengalami gangguan perasaan seperti kemurungan, homesick, dan gangguan emoasi yang lain. Gangguan emosi tersebut akan menyebabkan peserta kurang bermotivasi untuk meneruskan aktiviti dan mungkin akan menyebabkan masalah kesihatan badan. 



2.Surat Kebenaran Ibu/Bapa/Penjaga dan sekolah.

Surat kebenaran ibu/bapa penting bagi membolehkan ibu/bapa/penjaga mengetahui kedudukan dan maklumat mengenai Kem yang dijalankan. Biasanya pihak sekolah akan menyerahkan surat kebenaran untuk diisi peserta sebelum sesuatu perkhemahan itu dijalankan.

Pada surat ini, maklumat mengenai kem akan disertakan dan ibu/ bapa/ penjaga perlu mengisi maklumat mereka terutama nombor telefon untuk dihubungi. Ini bagi memudahkan pihak penganjur menghubungi penjaga sekiranya berlaku kecemasan terhadap anak mereka ketika perkhemahan.

Pada surat tersebut turut disertakan nama guru pengiring dan nombor telefon guru untuk tujuan sekiranya berlaku kecemasan di rumah. Oleh itu, surat kebenaran sangat penting untuk diuruskan oleh peserta sebelum menyertai sesuatu perkhemahan. 


3. Kelengkapan Perkhemahan

Kelengkapan perkhemahan sangat penting sebagai persiapan fizikal sebelum menyertai sesuatu perkhemahan. Ini bagi membolehkan pelajar bersedia dengan segala kesukaran yang bakal ditempuhi ketika kem. Peserta yang membuat persiapan kelengkapan dengan baik akan lebih mudah menjalankan aktiviti dan lebih bersedia bertindak sekiranya berlaku kecemasan.

Kelengkapan yang perlu dibawa atau ada:

1.  Hoversack (beg galas) overnight atau daypack
     - Bergantung kepada masa dan tepat yang hendah ditujui. Sediakan beg mengikut kesesuaiannya. Sebaik mungkin gunakan yang beg yang berkualiti dan sedap dipakai.

2.  Kasut trekking/selipar/sandle
     - Tidak kira bagaimana keadaan muka bumi tempat yang anda akan pergi gunakan mengikut kesesuaian. Sebaik-baiknya gunakanlah yang berkualiti dan menjamin keselesaan dan keselamatan.

3.  Pakaian yang secukupnya dan yang berkaitan 
     - Ia bermaksud pakaian yang bersesuaian untuk ke sesuatu destinasi. Paling penting disini ialah pakaian trekking, pakaian di kem site, dan untuk pulang, baju sejuk,stokin, sarung tangan dan apa-apa yang perlu bagi anda.

4.  Peralatan untuk makan dan minum
     - Bawalah kelengkapan itu mengikut masa distinasi dan keperluan. Barang-barang itu ialah, Messtin, pingan/mangkuk ,bekas minuman (cawan,botol air atau water bladder), sudu dan garpu.

5.  Keperluan asas yang penting 1
     - Contohnya ialah sleeping bag (penting), sleeping mat, lampu suluh atau headlamp dan bateri tambahan (penting), pisau atau parang, baju hujan, ubat persendirian, peralatan mandian, stokin pacat, stove/dapur gas (jika ada), mancis, lighter/pemetik apa, tongkat dan apa yang perlu bagi anda.

6.  Keperluan asas yang penting 2
     - Contohnya makanan ringan (coklat dan lain-lain), air pemberi tenaga (100 plus, redbull dan lain-lain).

Senjata : T-Baton : : Tonfa Baton


Tonfa Baton (T-Baton), baton bagi polis Jepun tradisional, merupakan senjata yang digunakan dalam seni mempertahankan diri Jepun. Biasanya berukuran sepanjang 24 inci, T-Baton menggunakan pegangan dari arah sisi. Ia merupakan senjata memprtahankan diri versatile dan boleh digunakan untuk mempertahankan diri dari serangan senjata yang dihayun (seperti kayu atau besi) atau senjata tajam (pisau atau parang). 



T-Baton yang biasa digunakan oleh Pasukan PDRM seperti gambar di atas, berukuran sepanjang 21 inci dan diperbuat daripada aluminium yang sama digunakan untuk menghasilkan kapal terbang. Dengan itu, ianya mempunyai daya tahan yang lebih baik, di samping lebih ringan untuk dibawa ketika bertugas. Ianya boleh dipanjangkan dan mempunyai pemegang getah untuk pegangan yang lebih kejap. Apabila dalam keadaan tertutup, ianya hanya berukuran sepanjang 12 inci. 


Cara Memegang dan Menggunakan T-Baton :








 

Senjata : Rifle : : Caliber 5.56 mm, M16


.KEDUDUKAN MENEMBAK
      a)Berdiri
         Kedudukan ini sesuai dalam keadaan perlindungan yang tinggi dan juga disebalik kubu dan baik juga kita menembak ke arah musuh semasa kita membuat follow up kpd musuh yang mana ketika musuh melarikan diri apabila terserempak dengan kita.
     b)Duduk : Kedudukan ini selalu dan sesuai digunakan  pada sasaran yang rendah di bawah bukit.Ini bermakna kita menembak dari atas ke bawah
      c)Melutut : Kedudukan ini sangat sesuai digunakan dalam keadaan perlindungan yang tidak berapa tinggi dan tidak berapa rendah
     d)Mencangkung dan setengah mencangkung : Sesuai di kawasan hutan lalang dan juga belukar yang tidak berapa rendah dan tidak terlalu tinggi
      e)Meniarap : Sesuai di kawasan perlindungan yang rendah

Senjata Polis : Pistol : : Smith & Wesson .38 Special Revolver


PELAJARAN 1
 
REVOLVER .38

1. Pelajaran ini mengandungi beberapa perkara seperti berikut :
    1. Pengenalan
    2. Data Teknik
    3. Langkah Keselamatan
    4. Undang-undang Senjata
    5. Buka & Pasang

2. Pengenalan
    1. Senjata bernama SMITH WESSON .38 SPECIAL REVOLVER buatan Amerika Syarikat.
    2. Boleh ditembak dengan cara mencekah (single action) & tanpa cekah (double action).
    3. Pusingan kebok lawan pusingan jam.
    4. Kebok boleh diisi sebanyak 6 butir peluru bagi laras 4 inci & 5 butir bagi laras 2 inci.
    5. Boleh dipercayai kerana hentian jarang berlaku, jika berlaku disebabkan peluru habis @ senjata rosak.
    6. Sesuai untuk pertempuran jarak dekat.
    7. Boleh ditembak dengan sebelah tangan @ dengan 2 belah tangan.
    8. Oleh kerana larasnya pendek, mudah disimpan di mana-mana bahagian badan.
 
3. Data Teknik
    1. Ukuran liang laras - .38 inci (keluasan barrel @ lubang laras).
    2. Panjang laras – 2 inci, 3 inci, 4 inci, 6 inci.
    3. Berat senjata - 6 inci 1.075kg, 4 inci 0.849 kg, 3 inci 0.622kg, 2 inci 0.537kg.
    4. Kawasan merbahaya – 50 meter
    5. Kelajuan peluru – 6.5 meter sesaat.
    6. Tenaga hentakan – 1.33 kaki
    7. Jarak bunuh – 15 meter
 
4. Langkah Keselamatan
Mengambil langkah keselamatan adalah satu amalan yang wajib. Langkah ini hendaklah diambil semasa menerima @ menyerahkannya ke stor senjata. Begitu juga semasa hendak memulakan latihan senjata ataupun sebelum melakukan pergerakan-pergerakan lain. Pemeriksaan ke atas tiap-tiap senjata adalah untuk menentukan dalam keadaan selamat.
 
    1. Caranya
        Kata perintah : Untuk keselamatan, kosongkan senjata.
 
    2. Tindakan
        1. Kedudukan sedia, tangan kanan keluarkan senjata & laras lurus ke hadapan, laras senjata harus   menghala ke sasaran.   
        2. Ibu jari tangan tolak pengunci kebok, jari manis & jari hantu tangan kiri tolak kebok hingga terbuka. 
        3. Tangan kiri pegang senjata, kebok terbuka, laras 90 darjah ke atas.
        4. Ibu jari tangan kiri tekan ejektor, sengetkan senjata sedikit, lihat dalam kebok, pastikan kosong.
        5. Hukuman Hoster, tangan kiri rapatkan semula kebok & masukkan senjata ke dalam sarung dengan tangan kanan jika perlu.
 
5. Undang-undang Senjata Api
    Semua senjata yang larasnya pendek adalah dianggap senjata yang merbahaya. Oleh itu, semasa penggunaan @ sebarang pengendalian dilakukan terhadap senjata ini, undang-undang serta peraturan yang perlu hendaklah sentiasa diamalkan & dipatuhi seperti berikut:
    1. Buat langkah keselamatan apabila , menerima @ menyerahkan semula senjata ke stor senjata.
    2. Semasa menyelaras senjata kepada sesiapa sahaja, hendaklah tentukan senjata tidak berisi peluru.
    3. Jika keadaan berkehendakkan senjata berisi peluru semasa menyerah, beritahu senjata berisi peluru. Dalam keadaan ini tentukan pengetuk (HAMMER) tidak dicekah.
    4. Jangan cuba acukan senjata kepada sesiapa walaupun dengan niat bergurau sama ada senjata berisi peluru @ tidak.
    5. Jangan cuba masukkan jari ke picu @ cuba meramas picu, sama ada senjata berisi peluru @ tidak. Ini satu amalan yang tidak baik dari segi keselamatan (kecuali mengadakan latihan menembak @ benar-benar untuk menembak).
    6. Semasa menyimpan di rumah @ di stor senjata, kosongkan senjata @ asingkan peluru dari senjata.
 
6. Buka & Pasang
    Bagi senjata ini, tidak ada peraturan yang ditetapkan untuk membuka & memasang, jika ada hanyalah tindakan di bengkel sahaja.

Pembacaan Kompas dan Tunjuk Arah : Siri 2

Peta (map)

Sebelum kita  teruskan cerita cara menggunakan kompas pada peta, mari kita itu mari kita lihat apa itu peta ?. Ia ialah lukisan diatas kertas atau 'soft copy' gambaran tanah yang diambil dari udara. Ia melalui proses gambar udara yang disatukan dengan maklumat-maklumat yang tepat dan sukatan yang tertentu. Peta mengandugi maklumat keadaan permukaan muka bumi
Tujuan membaca peta
1. Supaya dapat mencari jalan di merata-rata tempat dan mengenali rupa bentuk tanah dan peta
2. Agar dapat memahami keterangan yang terdapat dalam peta
3. Supaya dapat menolong dengan pantas dan tepat dalam memnyampai maklumat memgenai pergerakan dan kedudukan.

Jenis-jenis peta
-Peta jalan
-Peta bandar
-Peta pemerintah
-Peta fizikal
-Peta Topografi

Teknik asas menggunakan kompas dan peta

Pertama sekali ialah memastikan kemanakah yang hendah anda pergi.(arah yang hendahk ditujui).Ikuti segala prosudure yang telah ditetapkan contoh:
(a) perhatikan di peta anda dimanakan arah utara
(b) Fahami sedikit bentuk muka bumi yang yang anda akan lalui,
(c) Merangcang untuk memudahkan untuk sampai ke distinasi.

Sebelum itu kita lihat kembali kompas dan fungsinya, lihat gambar 1 dibawah:
                                                       Gambar 1
Langkah Pertama:

1.Letakan kompas anda dipeta, tandakan tempat yang hendak ditujui, berdasar bering yang diberi atau melalui pandangan (ingatan) sahaja, buat satu garisan di peta (jika perlu). Selarikan kompas anda dengan garisan yang anda buat dipeta contoh 'point A' ke 'point B'. peta) rujuk gambar 2 dibawah.
   Gambar 2

2.kedudukan anda ialah di 'point A' jangan silap, lebih baik lukis 'arrow' (jika perlu) pada garisan untuk menuju ke 'point B'.
3.Dari 'point A' anda boleh menentukan jarak ke'point B', menggunakan skala pada kompas anda atau berdasar grid yang diberi pada peta (jika ada).
Langkah Kedua:

1.Kukuhkan kedudukan kompas diatas peta agar "base plate" kompas tidak lari kedudukan
2.Pusingkan "rotating capsule"@"kompas housing",sehingga penunjuk Utara dan selatan di bahagian atas "rotating capsule"@"kompas housing" sama arah dengan garisan arah Utara di peta. Rujuk gambar 3 dibawah.
                                                             Gambar 3
3.pastikan kedudukan anak panah dibahagian bawah "capsule point" sama arahnya dengan arah utara didalam peta. Anda bualah sedikit pembetulan untuk ketepatan jika perlu.

 Langkah Ketiga:
1.Pegang kompas ditangan anda dan fokuskan dihadapan anda.Pastikan"base plate" dalam keadaan rata ditangan anda dan arah anak panah lurus dan menunjukan tempat yang ditujui.rujuk gambar 4 dibawah.
                                                             Gambar 4
2.Pusing badan anda dan sehingga utara dan selatan dibahagian atas "capsul" sebaris atau selari dengan jarum magnatik dan warna penanda merah dibahagian bawah jarum kompas adalah sama arah dengan anak panah.
3.kini arah anak panah pada "base plate" akan terarah ketempat yang anda hendak pergi

Perhatian untuk semua:
Perhatian satu: Sekarang anda telah fokuskan tempat yang anda hendak pergi. Anda kena pastikan bering yang betul agar tidak tersasar. Dihadapan anda mungkin terdapat halangan contoh paya, kawasan merbahaya dan sebagainya. Jadi untuk mengatasi perkara ini, anda kena "marking" sesuatu objek dihadapan anda contoh pokok atau apa saja, diseberang tempat bahaya yang anda elakan. kemudian pergilah ketempat yang anda "marking" tadi. contoh 1 lihat gambar 5 dibawah:
                                                     Contoh 1 (gambar 5)

Contoh 2, pula menggunakan teknik bering 90 darjah, katakan anda diberi susut 50 darjah untuk ke tempat yang hendak ditujui. tetapi dihadapan anda ada halagan.ok, untuk mengatasi masalah  ialah dari point anda berada, buat satu bering baru iaitu 90 darjah bermakna arah belok itu ialah 50 d + 90 d =140 darjah, dan berjalanlah disamping mengira jumlah langkah anda untuk melepasi sesuatu halangan itu. setelah yakin telah lepas kawasan bahaya itu, kembali semula pada bering 50 darjah disepanjang sempadan halangan.setelah pasti halangan lepas, kembali pula pada menggunakan bering 90 darjah. Untuk kembali kepada perjalanan asal gunakan 'back bering' iaitu 140 d + 180 d = 320 darjah. Perhatitian ingat semula jumlah langkah anda contoh 100 langkath atau 200 langkah kaki , dan pastianda akan tiba tempat yang ditujui. Rujuk gambar 6 dibawah:
                                                   Contoh 2 (gambar 6)

Contoh 3, ialah menggunakan tanda di peta. Apabila terdapat halangan perhatikan peta untuk mencari arah memesong. Tentukan ada dua tanda panduan dipeta dan ditanah yang didapati di sepanjang perjalanan. Satu srbelum halangan dan satu lagi selepas halangan. Semasa tiba awal dihalangan ambil bering tanda pertama dan berjalan kearah tanda panduan tersebut. apabila tibi di tempat ditujui bering pula ketabda panduan kedua selepas halangan dan terus berjalan kesitu. Rujuk gambar 7.

                                                Contoh 3 (gambar 6)

Perhatian dua, semasa anda berjlan atau berlari kekasan yang ditujui, kemungkina kompas "capsul", secara tidak sengaja terpusing. oleh itu periksa selalu dari masa kesemasa agar anda tidak tersasar

Perhatian tiga: Ingat semua perbezaan diantara jarum magnetik yang pastinya akan menunjuk arah utara dan "derection arrow" (anak panah penunjuk kompas) yang akan menujukan arah yang hendak ditujui.

Sumber : Lusuh Adventure

Pembacaan Kompas dan Tunjuk Arah

Sejarah awal kompas ialah ia telah dicipta secara sainstifik dizaman dinasti song di negeri China pada abad ke sebelas.Namun begitu terdapat catatan sejarah ia telah dicipta lebih awal iaitu pada abad ke empat berdasarkan sastera kuno Cina dalam buku 'Book of the Devil Valley Master' . Pengunaan kompas oleh pelayar Eropah hanyalah pada 1300 masihi. Tujuan sebenar kompas dicipta ialah sebagai alat bantuan ahli pelayaran untuk mendapat arah sebenar di muka bumi. Pengunaan kompas penting bagi ahli pelayaran ia adalah alat paling tepat untuk memunjukkan arah di muka bumi. Secara asasnya, kompas diperbuat daripada sebatang jarum untuk menunjukkan arah utara magnet berdasarkan sebuah planet magnetosfera. Jarum yang bebas akan dengan sendiri menunjukkan arah Utara dan peta mestilah dikoordinasikan dengan kompas tersebut.

Setelah anda tahu sejarah kompas, kita lihat pula jenis-jenis kompas  idan gambarnya. Ia digunakan sejak zaman berzaman sehingga lahirnya kompas yang moden (jenis prismatik dan biasa), jenis kompas tersebut ialah kompas pelaut, kompas gegasing, kompas falak dan kompas moden berasaskan cecair ,magnet dan teknologi GPS lihat gambar di bawah:


Kebaikan dan kekurangannya:

Kebaikan:
1.Kompas boleh digunakan sebagai penyelang (protector) bagi tujuan menyukat sudut(bering)
2.Jarum Utaranya cepat dan mudah berhenti
3.Ringan dan mudah dibawa dan digunakan.

Keburukan:
1.Kompas hanya dapat sudut hampir ke 1.4 darjah sahaja (25 mills)

Kegunaan Kompas:
1.Mencari arah Utara
2.Menentukan kedudukan peta
3.Menyukat bering (sudut)

Teknik menggunakan kompas:
Perkara pertama ,apabila mahu menggunakan kompas ialah belajar mencari arah utara, selatan,barat dan timur juga arah lain seperti barat daya dan lain-lain. Namun arah Utara yang paling penting.
Pada kompas terdapar jarum yang diwarnakan merah dan putih, Jarum kompas yang berwarna merah  hendaklah sentiasa menunjukan arah utara (jika kompas jarum kompas anda (warna merah) tidak menunjukan arah utara, adnda harus 'adjust' agar keUtara.Secara asas kompas memgandungi 16 petujuk mata angin,lihat gambar dibawah:
UTL-Utara Timur Laut
TTL-Timur Timur laut
TT- Timur Tenggara
ST-Selatan Tenggara
UBL-Utara Barat Daya
BBL-Barat Barat Laut
BBD-Barat Barat Daya
SBD-Selatan Barat Daya


Perkara kedua ialah memahami bahagian-bahagian kompas contoh seperti 2 gambar di bawah. Untuk rencana ini saya menggunakan kompas silva jenis 4 kompas. Lensatic (ada juga kompas yang lagi simple dan mudah difahami)
 
1-Anak panah menunjukkan arah
2-Jarum Kompas
3-Skala
4-Kanta Pembesar
5-Penjangka (roamer)
6.Penunjuk arah perjalanan
7.Tapak kompas (Base plate)
8-Bacaan Bearing (sudut)    9-Garisan penimur grid  10-Piring kompas (compass Housing)
                                       Marching Lensatic Compas

Perkara ketiga harus mengetahui memgenai 'bering' (sudut). Bering ialah kedudukan yang diukur mengikut perjalanan jarum jam dari satu garisan kebisaannya Utara dengan menyelang atau kompas kegarisan yang ditetapkan. Ia menjadi panduan kedudukan sesuatu tempat.Bering dinyatakan dengan angka contoh 250 d 50 ' 35".

Perkara keempat harus mengetahui cara memegang,meletak dan melaraskan kompas. Contoh lihat gambar dibawah:
 








Cara satu:
-Jika mengunakan kompas seperti di atas, masukkan jari anda ke "thumb loop", kemudian susun jari anda seperti gambar di atas.
 
-Jika anda telah mendapat arah yang hendah ditujui, dan hendaklah 'mark' tempat berkenaan, cara memegang kompas sepert diatas, ibu jari dimasukan ke "thumb loop", kemudian susun jari anda seperti di atas.

-Jika kompas jenis Silza, cara memegangnya seperti yang ditunjukan cara memegang seperti di atas.

Teknik lain ialah:
1. Meletakan kompas di tapak tangan dan luruskan/ratakan permukaan tangan
2. Meletakan kompas di tempat yang rata

Sukarelawan Polis

OBJEKTIF
  • Membentuk satu pasukan yang efisyen dari segi intelektual dan fizikal
  • Memperkukuhkan hubungan di antara pihak polis dan masyarakat
  • Mempertingkatkan tahap keupayaan, kecekapan dan kepercayaan masyarakat

VISI
Sukarelawan Polis DiRaja Malaysia senantiasa bersama berganding bahu dengan PDRM dalam mendaulatkan undang-undang demi mengekalkan keamanan, ketenteraman dan keselamatan negara

MISI
  • Berganding bahu dengan PDRM untuk menguatkuasa undang-undang
  • Bersama mengekalkan keamanan dan keselamatan Negara
  • Bersama mencegah dan mengesan jenayah
  • Bersedia menyalur maklumat serta menjadi mata dan telinga PDRM
  • Bersama masyarakat tempatan membantu PDRM

Organisasi, Peranan dan Falsafah

Pasukan ini diwujudkan sebagai satu formasi dibawah Pasukan Polis Diraja Malaysia sejak tahun 1957 yang dikenali sebagai Pasukan Sukarelawan Polis. Kini keanggotaannya berjumlah seramai 3,400 diseluruh negara dengan tumpuan dibandar-bandar utama. Falsafah kewujudan Pasukan Sukarelawan Polis adalah untuk memberi peluang kepada orang awam untuk menceburkan diri dalam kerjaya Polis.

Tanpa meninggalkan pekerjaan hakiki awam mereka, ianya juga sebagai satu pengalaman, pengamatan, cabaran di samping sumbangan khidmat bakti kepada keamanan negara. Pasukan ini juga adalah sebagai unit rezab di dalam Polis Diraja Malaysia.

Penglibatan orang awam dalam Pasukan Polis menerusi Sukarelawan Polis akan memberi banyak kebaikan dan kelebihan antaranya :-

· Mewujudkan kefahaman dan pengamatan terhadap masalah dan pahit manis bagaimana anggota polis melaksanakan khidmat mereka seharian
· Penerapan nilai-nilai disiplin positif pasukan kepada diri sendiri yang diperolehi melalui pendedahan latihan sebagai anggota Sukarelawan Polis
· Sukarelawan Polis dapat memberi panduan kearah pembentukan keluarga bahagia terutamanya dalam mendidik anak-anak agar lebih tersusun dan berjaya berteraskan disiplin yang diperolehi melalui latihan dan pengalaman sebagai Sukarelawan Polis
· Meningkatkan ilmu pengetahuan terhadap undang undang dan penguatkuasaanya, serta melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti bercorak fizikal seperti latihan kawad dan penggunaan senjatapi

Syarat-syarat Permohonan Sukarelawan Polis :
- Warganegara Malaysia
- Umur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak lebih 35 tahun
- Ukuran badan
· Lelaki ヨ Tinggi 162 cm (5'4")
· Lilitan Dada ヨ 81 cm/86 cm (32"/34")
· Berat badan 48 kg
· Wanita ヨ Tinggi 152 cm (5")
· Berat badan 43 kg
· Mempunyai penglihatan biasa dan pendengaran yang baik
· Kelulusan akademik ヨ sekurang-kurangnya lulus SRP/LCE Pangkat A/B atau pangkat C bagi tahun 1969 dan sebelumnya atau dengan (salinan sijil hendaklah disertakan)

Lain-lain Kelayakan :
- Mempunyai pekerjaan tetap
- Mendapat kebenaran dari Jabatan/ Majikan (sertakan surat kebenaran daripada Jabatan)
- Bermastautin dalam lingkungan 18 km dari Balai Polis Daerah yang dipohon.
- Bersih dari sebarang rekod jenayah/cawangan khas
- Tidak menjadi ahli/anggota lain-lain badan beruniform yang boleh dikerah tenaga semasa darurat.
- Pekerja-pekerja dari kumpulan モKey Personelヤ seperti Hospital, TNB, Telekom, pengawal keselamatan (badan berkanun/kerajaan/swasta) tidak layak memohon.

Bidang Tugas
Pasukan Sukarelawan Polis pada kebiasaanya adalah menjalankan kerja-kerja latihan dan perbarisan ketika tidak diletakkan di bawah kerahan secara aktif. Walaubagaimanapun sebagai tambahan kepada latihan dan perbarisan mereka ini menjalankan tugas-tugas seperti berikut :
1. Pejabat pertanyaan / tugas telefonis
2. Tugas Bit
3. Tugas Rondaan
4. Tugas Trafik
5. Tugas Teknikal (WT, MT & MARIN)
6. Tugas-Tugas di Pusat Kawalan Kontingen atau Daerah
7. Pegawai Bertugas di Daerah atau IPK
8. Pentadbiran Biasa / Harian
9. Tugas Kawalan Perhimpunan
10. Tugas kawalan

Fungsi dan Tanggungjawab
• Melaksana dan menguatkuasakan undang-undang
• Mata dan telingan kepada pasukan PDRM
• Memberikan perkhidmatan yang mesra kepada masyarakat

Elaun dan Insentif
1. Elaun kehadiran Latihan Tempatan
Tuntutan elaun tidak melebihi 48 jam sebulan
Pegawai : RM5.80 sejam
Lain-lain Pangkat : RM4.00 sejam
2. Elaun Bounty ( Saguhati tahunan )
Bertugas lebih 380 jam setahun - RM 520.00
Bertugas 240 ~ 379 jam setahun - RM 390.00
Bertugas 120 ~ 239 jam setahun - RM 260.00
Bertugas kurang 120 jam setahun - TIDAK LAYAK

3. Elaun Pakaian (Pegawai sahaja)
Elaun Pakaian Seragam (sekali sepanjang perkhidmatan) - RM300.00
Elaun Penyelenggaraan Pakaian Seragam (setiap tahun dibayar mulai
tahun kedua Perkhidmatan) - RM 125.00
Elaun Pakaian Istiadat (3 tahun sekali) - RM 1,000.00

4. Kemudahan Lain
Bekalan Pakaian Seragam
Rawatan Perubatan
Compesation-ganjaran & elaun
Kematian semasa bertugas *
Kecacatan semasa bertugas *
Belanja pengkebumian *

* Melalui penyertaan skim insuran berkelompok

Polis Bantuan

PENUBUHAN

Penubuhan Polis Bantuan adalah mengikut Bahagian IX, Akta Polis, No. 41/67 dan Peraturan-peraturan (Polis Bantuan) Polis 1970 (P.U. (A) 461 bertarikh 21 Disember 1970).


OBJEKTIF


Objektif Penubuhan Polis Bantuan adalah seperti berikut:

· Memberi khidmat Polis ke kawasan-kawasan di mana liputan Polis tidak berkesan
· Membolehkan pengawal-pengawal keselamatan yang bekerja di Jabatan-jabatan kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Sektor Swasta mempunyai kuasa-kuasa Polis sera membolehkan mereka membawa senjatapi semasa melaksanakan tugas-tugas di dalam kawasan yang ditentukan.
· Sebagai unit sokongan/bantuan kepada PDRM dalam sesuatu situasi yang diperlukan.


KUASA MELANTIK


Pegawai Kanan Polis Bantuan dari pangkat kehormat Inspektor hingga ke pangkat Superintendan adalah dilantik oleh Ketua Polis Negara dengan persetujuan Menteri Dalam Negeri:


Pegawai Rendah Polis Bantuan dari pangkat kehormat Koperal hingga ke Sub Inspektor atau Konstabel Polis Bantuan adalah dilantik oleh Pegawai Pemerintah yang mana terdiri dari Pesuruhjaya atau Ketua Polis Kontinjen berkenaan, atau mana-mana pegawai polis yang diberi kuasa bagi pihaknya.


· Seseorang pegawai atau anggota Polis Bantuan hendaklah disifatkan berkhidmat dari bulan ke bulan, walau bagaimanapun tempoh perkhidmatan seseorang pegawai atau anggota Polis Bantuan itu adalah tertakluk kepada sebarang perjanjian yang dibuat dengan pihaknya.


PERMOHONAN KUASA-KUASA POLIS BANTUAN


Jabatan-jabatan Kerajaan, Badan-badan Berkanun atau Sektor Swasta yang ingin mendapat kuasa Polis Bantuan untuk pekerja-pekerjanya yang berkhidmat dalam kawasan-kawasan tertentu, akan mengemukakan permohonan kepada Ketua Polis Negara melalui Pesuruhjaya/Ketua Polis yang berkenaan. Pesuruhjaya/Ketua Polis pula kemudiannya akan mengemukakan permohonan tersebut bersama-sama dengan sokongan kepada Ketua Polis Negra (Cawangan Pembantu).


Cawangan Pembantu akan membuat tinjauan khas ke kawasan pemohon untuk mengenal pasti keperluan sebenar kuasa polis yang dipohon sekiranya diperlukan, seterusnya mengemukakan laporan dan permohonan tersebut kepada Ketua Polis Negara atau mana-mana Pegawai Kanan Polis yang diberi kuasa olehnya untuk meluluskan atau memberi bantahan bagi permohonan tersebut.


KUASA DAN TUGAS

Seseorang anggota Polis Bantuan apabila menjalankan tugas-tugas polis dalam kawasan-kawasan yang ditetapkan hendaklah mempunyai kuasa yang sama dan hendaklah tertakluk kepada pihak berkuasa yang sama seperti seseorang pegawai polis yang setaraf pangkatnya.
Semasa melaksanakan tugas bersama-sama pegawai atau anggota polis biasa, pegawai atau anggota Polis Bantuan hendaklah disifatkan lebih rendah dari polis biasa yang sama pangkatnya. Anggota Polis Bantuan adalah ditugaskan dalam kawasan majikannya bagi tugas-tugas polis seperti berikut:-
· Rondaan, bit dan kawalan statik
· Kawalan orang ramai, memeriksa orang dan kenderaan
· Melindungi dan mengiring harta majikan
· Mencegah kesalahan-kesalahan jenayah
· Mengesan dan menangkap pesalah-pesalah


LATIHAN

Pasukan Polis Diraja Malaysia adalah bertanggungjawab memberi latihan polis terhadap anggota-anggota Polis Bantuan. Cawangan Latihan Kontinjen adalah dikehendaki menyediakan segala latihan-latihan asas dan sebarang latihan selanjutnya untuk anggota-anggota Polis Bantuan. Walau bagaimanapun, perbelanjaan untuk tempat tinggal, makanan, pengangkutan, peluru dan peralatan-peralatan lain yang diperlukan semasa latihan tersebut hendaklah ditanggung oleh majikan masing-masing.

Silibus latihan akan disediakan oleh Cawangan Latihan Bukit Aman. Perkara-perkara yang diajar adalah berfokus kepada pengetahuan dan kemahiran yang sepatutnya diketahui oleh pegawai Polis Bantuan berkenaan. Sebagai tambahan, kurikulum latihan yang mempunyai kaitan rapat dengan tugas jabatan-jabatan, Badan-badan atau Syarikat-syarikat berkenaan atau undang-undang yang dikuatkuasakan oleh majikan tersebut hendaklah juga diberi keutamaan.


SENJATA API


Semua pegawai dan konstabel Polis Bantuan yang telah dilantik secara sah, boleh membawa dan menggunakan senjatapi yang dilesenkan di atas nama majikannya semasa menjalankan tugas-tugas rasmi yang diarahkan oleh majikannya dalam kawasan yang ditetapkan.


PAKAIAN SERAGAM DAN LENCANA POLIS BANTUAN


1. Baju

Baju kemeja potongan Polis biasa berlengan pendek atau berlengan panjang sebagai ムpilihanメ. Pegawai berpangkat Sarjan Mejar ke atas boleh memakai ムbush jacketメ sebagai pilihan.


2. Seluar

Seluar Panjang


3. Topi/Songkok/Beret

Tiap-tiap pertubuhan diberi kebebasan memilih satu pakaian menutup kepala samada topi (cap), songkok atau beret.


4. Lencana Topi

Lencana topi Polis Diraja Malaysia hendaklah dipakai dipakaian penutup kepala yang dipilih.


5. Lencana Bahu

Lencana Bahu bertulis ムPolis Bantuanメ dipakai dipangkal lidah bahu baju. Bagi Pegawai Kanan dikecualikan.


6. Lambang Majikan

Lambang majikan ditampal dilengan kiri baju. Lambang tersebut mestilah berukuran 7cm X 9cm dan bertulis POLIS BANTUAN dibahagian atasnya.


7. Tali pinggang

Tali pinggang hitam (web belt) atau tali pinggang kulit hitam. Pegawai Kanan boleh memakai tali pinggang nylon sebagai pilihan.


8. Butang

Butang seperti mana yang dikeluarkan untuk kegunaan pegawai-pegawai dan anggota polis biasa.


9. Kasut

Kasut kulit hitam atau kasut kanvas hitam atau kasut boot canvas hitam.


10. Rantai Wisel

Rantai wisel sebagaimana polis biasa.


11. Stokin

Stokin berwarna hitam.


12. Wisel

Sama seperti bentuk wisel Polis biasa.


13. Apulet

Pegawai Kanan memakai apulet berwarna hitam.


14. Lencana Pangkat

Struktur dan bentuk hendaklah sama dengan Polis biasa. Misalnya Koperal ada dua calit, Inspektor dua paku di atas apulet, ASP tiga paku, DSP satu Mahkota dan Supt, Satu Mahkota dengan satu paku.


15. Lencana

Nombor Polis Bantuan dan tanda nama hendaklah dipakai bagi Anggota Pangkat Rendah dan tanda nama bagi Pegawai Kanan untuk pengenalan seperti mana Polis biasa.


16. Warna baju dan Seluar

Warna baju dan seluar yang telah ditetapkan bagi unit-unit Polis bantuan adalah seperti mana Polis biasa.