Perkara yang perlu dilakukan sebelum memulakan aktiviti perkhemahan :
- Jenis perkhemahan yang ingin dijalankan.
- Perancangan tempat
- Persiapan alatan perkhemahan
- Persiapan Pengangkutan
- Persiapan Kecemasan
Jenis perkhemahan yang ingin dijalankan :
Perkara paling utama. Tetapkan :
- Jenis perkhemahan yang ingin anda buat (kem ibadah, kem latih diri, kem motivasi, kem ikhtiar hidup dan lain-lain)
- Tempoh perkhemahan dijalankan (berapa hari diperlukan)
- Jenis aktiviti yang ingin dijalankan (jungle trekking, flying fox dan sebagainya)
- Had umur peserta (kanak-kanak, remaja, orang dewasa, warga tua)
- Jumlah penyertaan (skala kecil atau skala besar) dan
- Urusetia yang bakal terlibat (ajk pengangkutan, penginapan, persiapan tempat dan lain-lain).
Dari sini anda akan tahu tempat bagaimana yang sesuai untuk aktiviti tersebut.
Perancangan tempat :
Perkara paling penting. Rancang terlebih dahulu tempat yang anda ingin pergi dan rangka pelan tambahan (Plan B) sebagai persediaan sekiranya berlaku kecemasan. Antara perkara yang perlu diambil kira ketika memilih lokasi perkhemahan:
- Fasiliti atau kemudahan yang disediakan di lokasi - ada kemudahan air, elektrik/unggun api, tempat solat, tapak khemah/asrama/penginapan, dewan makan/tempat masak, bilik mandi/bilik air/tempat basuh baju/ampaian, pasar/kedai berdekatan, klinik/hospital terdekat untuk kecemasan, tempat riadah/aktiviti lasak, jurulatih/fasilitator.
- Kebenaran daripada pemilik tempat - sekiranya tampat perlu dibayar, semak bayaran yang dikenakan, apa syarat dan peraturan penggunaan tempat, apa jenis kemudahan yang dapat disediakan dan bayaran yang dikenakan (kenderaan, bantuan PA Sistem, jurulatih).
Dari sini anda akan dapat mengetahui apa syarat dan peraturan yang perlu dikenakan pada peserta, bayaran dan kelengkapan yang perlu disediakan dan dibawa oleh peserta dan urusetia, dan jenis AJK yang perlu untuk menguruskan perkhemahan.
Persiapan alatan perkhemahan
Juga sangat penting. Persiapan alatan perkhemahan bergantung kepada jenis perkhemahan dan tempat perkhemahan terbabit. Sekiranya fasiliti yang disediakan lengkap seperti di kem resort atau di mana-mana tapak perkhemahan yang diselia secara formal, alatan yang diperlukan tidak perlu terlampau banyak. Sekiranya fasiliti tidak lengkap, seperti di kaki gunung, puncak gunung, hutan, atau mana-mana tempat yang tidak diselia secara formal, alatan yang diperlukan akan lebih banyak dan rumit. Antara jenis alatan yang mungkin perlu diambil kira :
- Alatan penginapan.
- alatan makanan, dan minuman
- alatan kelengkapan diri dan kebersihan
- alatan keselamatan
- alatan kecemasan.
1. Alatan penginapan
Melibatkan kelengkapan tidur atau bermalam. Di mana anda akan tidur ketika kem? Hostel/asrama? atau khemah.
Jika di hostel/ asrama :
- Bawa selimut untuk melindungi diri ketika malam. keadaan mungkin lebih sejuk ketika malam di sesetengah tempat perkhemahan.
Jika berkhemah :
- Sediakan khemah yang mencukupi. jumlah khemah bergantung kepada jumlah peserta. Terdapat beberapa jenis khemah yang dijual di pasaran. Malah khemah2 ini ada bilangan maksimum yang disarankan. Terdapat khemah untuk 2, 4, 6, dan 8 orang.
Persiapan Pengangkutan
(akan update)
Persiapan Kecemasan
(akan update)
Rujukan :
http://www.scoutmastercg.com/2009/08/ten-tips-for-camping-in-the-rain/
http://www.tcsys.com/troop250/basic_8.html#SKILL1
http://camping.about.com/od/campingforbeginners/a/campinglesson1.htm
http://www.angelfire.com/ia3/camping/equipment.htm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan