I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selasa, 13 Mac 2012

Siasatan Jenayah Komersil

Siasatan Jenayah Komersil


Visi  
Menjadi sebuah jabatan penyiasatan yang efisyen, berdaya saing dan proaktif dari aspek membendung penularan semua bentuk jenayah komersil di negara ini.

Fungsi 
Fungsi utama JSJK adalah menjalankan penyiasatan, menangkap, dan mendakwa penjenayah kolar putih yang melakukan kesalahan penipuan, pecah amanah jenayah, pemalsuan jenayah siber dan lain-lain lagi samada kegiatan tersebut dilakukan oleh orang perseorangan mahupun secara bersindiket.

Objektif
Antara objektif JSJK yang telah digariskan oleh pucuk pimpinan adalah: -
  • Menangani semua bentuk jenayah komersil dan peka terhadap perubahan persekitaran yang boleh mewujudkan bentuk jenayah komersil yang baru.
  • Mempercepatkan siasatan dan menghasilkan kualiti siasatan yang bermutu bagi bertujuan mendakwa pesalah di mahkamah dan juga dikenakan tindakan di bawah undang-undang pencegahan.
  • Mengumpul seberapa banyak data mengenai kesalahan jenayah komersil masa kini. Data dikaji dengan teliti dari segi trend, modus operandi dan bentuk (syndicate or non-syndicate) bagi kesalahan yang berkaitan setelah data diproses, ianya di bentuk menjadi satu maklumat yang boleh membantu dalam penyempurnaan siasatan.
  • Menjamin ketelusan penyiasatan di samping menggunakan semua kepakaran sumber manusia yang khusus secara optimum.
Latar belakang Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.
  • Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan telah berkembang dengan pesatnya selaras dengan pembangunan negara dan peningkatan kes-kes jenayah perdagangan.
  • Pada peringkat awalnya ianya dikenali sebagai Cawangan D5 terdiri daripada 44 orang pegawai, anggota dan kakitangan awam yang diketuai oleh seorang pegawai berpangkat Asisten Komisioner Polis (ACP) mengikut Waran Perjawatan No. 179/76.
  • Pada tahun 1989, Jabatan Perkhidmatan Awam telah meluluskan pengembangan BSJP iaitu menurut Waran Perjawatan Bil. 39/89 yang mana bilangan keanggotaan telah ditambah kepada 85 orang pegawai, 22 orang anggota pangkat rendah, 1 mata-mata tambahan, 9 perekod dan diketuai seorang pegawai berpangkat Senior Asisten Komisioner II (SAC II) dengan menyandang jawatan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah.
  • Pada tahun 1996, Waran Perjawatan Bil. 58/96, Penyusunan semula Struktur Organisasi Baru (MSOB) telah diluluskan dimana BSJP diketuai seorang pegawai yang berpangkat Deputi Komisioner Polis (DCP)
  • Pada tahun 2004, Waran Perjawatan (JJP) Bil. 104/04 yang baru telah diluluskan dimana Jabatan Siasatan Jenayah Komersil diketuai oleh Komisioner Polis (CP) sebagai Pengarah JSJK. Dibantu oleh 2 Timbalan Pengarah iaitu Timbalan Pengarah I JSJK dan Timbalan Pengarah II JSJK serta 5 Ketua Penolong Pengarah JSJK iaitu KPP JSJK (Siasatan I), KPP JSJK (Siasatan II), KPP JSJK (Operasi), KPP JSJK (Pentadbiran/Penyelidikan) dan KPP JSJK (Perundangan/Naziran).
Bahagian/Unit di bawah Jabatan ini terdiri 12 Bahagian iaitu :-

Bahagian Siasatan Pengubahan Wang Haram Zon Utara/Timur.
- Unit Zon Utara (Kedah,Perlis, Pulau Pinang, Perak)
- Unit Zon Timur (Pahang, Terengganu, Kelantan)
 

Bahagian Siasatan Pengubahan Wang Haram Zon Tengah/Selatan/Sabah & Sarawak.
- Unit Zon Tengah (Selangor/Kuala Lumpur)
- Unit Zon Selatan (Negeri Sembilan/melada/Johor)
- Unit Zon Sabah/Sarawak (Sabah, Sarawak)
 

Bahagian Siasatan Forensik Accounting.
- Unit Siasatan Forensik Accounting.
- Unit Pengesanan Aset.
- Unit Penyitaan.
 

Bahagian Siasatan Kewangan.
- Unit Insuran.
- Unit Kewangan.
- Unit Koperasi.
- Unit Perbankan.
 

Bahagian Siasatan Koperat.
- Unit Koperat.
- Unit Syarikat.
- Unit Persatuan.
- Unit Pelbagai.
 

Bahagian Siasatan Lain-lain Pemalsuan.
- Unit Kad Kredit.
- Unit Saham Komoditi.
- Unit Pemalsuan.
- Unit Pelencungan.
 

Bahagian Siasatan Jenayah Siber & Multimedia.
- Unit Siasatan Komputer.
- Unit Siastan Internet.
- Unit Siasatan Forensik Komputer.
- Unit Siasatan Filem/Muzik/Paten.
- Unit Siasatan Komputer Sofware.
- Unit Cakera Optik.
 

Bahagian Operasi/Bantuan Teknik.
- Unit Operasi/Bantuan Teknik.
- Unit Fotografi.
- Unit Siasatan Kes Fail.
 

Bahagian Pentadbiran/KAB.
- Unit Pentadbiran.
- Unit Kerjasama Antarabangsa.
- Unit HR/Latihan/Perjawatan/Perkhidmatan.
- Unit Logistik/Komputer.
- Unit Exhibit.
 

Bahagian Penyelidikan/Risikan.
- Unit Risikan.
- Unit Analisa Jenayah/Statistik.
 

Bahagian Naziran.
- Unit Naziran.
 

Bahagian Perundangan.
- Unit Penasihat Undang-undang.
- Unit MACM.
- Unit Habeas Corpus.
- Unit Pengubahan Wang Haram.
- Unit Antarabangsa.

Bidang Kuasa Polis.
  • Penyiasatan.
  • Pendakwaan.
  • Pencegahan.               
  • Risikan.
Peranan/Tanggungjawab JSJK sejajar dengan Seksyen 3(3) Akta Polis 1967 (Akta 344)
  • Mencegah.
  • Mengesan.
  • Menangkap.
  • Mendakwa.
  • Risikan.    
Pendekatan Siasatan
  • Traditional Approach.
  • Task Force.
  • Matrix System.
  • Integrated Approach.
  • Intelligence procument.
Siasatan Kes-kes Mengikut Keutamaan.
  • Kepentingan negara.
  • Kepentingan awam.
  • Kes rumit/kompleks.
  • Kerugian besar.
  • Transborder.
  • Sindiket.
  • Mengugat ekonomi negara.
  • Tokoh-tokoh penting/VIPs.
Kes-kes Bersiri.
  • Fly by night.
  • Tipu tiket Sports toto/Pan Malaysian Pool/Magnum.
  • Black money Scam.
  • Advance fee fraud scam melalui e-mail.
  • Menyamar sebagai Pegawai Kebajikan Masyarakat.
  • Gores dan menang.
  • Skim cepat kaya ヨ e-mail.
  • Tipu jual/beli tanah.
  • Black jack.
  • Bomoh.
  • Menyamar penjawat awam.
  • Menyamar VIPs.
  • Tipu iklan pekerjaan.
  • SMS-AF4.
Jenis Kes Jenayah Komersil yang disiasat terdiri daripada :-
  • Jenayah Indeks.
  • Jenayah Bukan Indeks.
Jenayah Indeks terdiri daripada kes-kes yang melibatkan kesalahan-kesalah seperti berikut:-
  • Pecah Amahan Jenayah.
  • Tipu (420 KK)
  • Jenayah Siber iaitu Akta Jenayah Komputer, Akta Komunikasi & Multimedia dan Kes ATM.
Jenayah Bukan Indeks terdiri daripada kes-kes yang melibatkan kesalahan-kesalah seperti berikut:-
  • Lain-lain Penipuan.
  • Pemalsuan.
  • Wang Palsu.
  • Kad Kredit.
  • AMLA. (Akta Money Laundering Act)
  • Akta Pemberi Pinjam Wang.
  • Akta Hak Cipta.
  • Akta Penapisan Filem.
  • Lain-lain Agensi Kerajaan.
  • Lain-lain Kes JSJK.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan