I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 1 Mac 2012

Aktiviti Kem Kadet Polis Daerah Klang Selatan

Berikut merupakan perancangan aktiviti Kor Kadet Polis Daerah Klang Selatan. Kepada mana-mana pelajar yang berminat, sila pastikan anda telah mendaftar terlebih dahulu sebelum menyertai aktiviti-aktiviti tersebut. Had maksimum penyertaan aktiviti daerah: 2 aktiviti setahun. Sila daftarkan nama anda pada aktiviti yang disebut. Harap maklum.

BULAN MAC :

Pertandingan Menembak M-16
Tarikh           : 20 Mac (lelaki), 21 Mac (perempuan)
Tempat         :  Lapang Sasar Jugra, Banting.
Penyertaan    : 15 lelaki, 15 perempuan
Bayaran        :  RM10 (makan), RM10 tambang = RM20.
Syarat Khas  : Telah berdaftar di IPD.

----------------------------------------------------------------------------
Tarikh Latihan (Musketry) : 19 Mac 2012 
Masa        : Lelaki (8.30-12.30 tgh)
                  Perempuan (2.30-4.30 ptg). 
Tempat     : SMK Sri Andalas
Jumlah diperlukan : 15 orang lelaki, 15 perempuan
Pakaian    : Separuh uniform
----------------------------------------------------------------------------






Sambutan Hari Polis ke-205
Tarikh          : 25 Mac 2012 (Ahad)
Masa           : Pagi-tengahari
Tempat        : IPD Klang Selatan
Penyertaan diperlukan : 5 orang (lelaki atau perempuan) dari SMKTG
Syarat Khas : Mempunyai uniform penuh.


Hari Kor Kadet Polis Peringkat Negeri :
Tarikh          :  Raptai : 30 Mac 2012
                      Hari sebenar : 31 Mac 2012.
Tempat        :  IPD Ampang Jaya.
Penyertaan   : 1 Platun lelaki, 1 Platun perempuan. (dari sekolah-sekolah daerah Klang Selatan)
Syarat Khas : 1) Pandai berkawad,
                      2) Mempunyai ketinggian minimum yang ditetapkan.
                          Lelaki : 160 cm. Perempuan : 158 cm.
                      3) Telah berdaftar, dan mempunyai uniform penuh.
 ----------------------------------------------------------------
Tarikh Latihan  : 26, 27, 28 Mac 2012. (petang)
Tempat Latihan: Kompleks Sukan Pandamaran.
-----------------------------------------------------------------



BULAN APRIL :

Kem Kadet Polis Daerah Klang Selatan
Tarikh          : 3-6 April 2012
Tempat        : Kompleks Rakan Muda, Sementa, Klang.
Penyertaan   : 10 lelaki, 10 perempuan.
Syarat Khas :  1)  Telah berdaftar di IPD.
                      2)  Tiada sakit kronik
                      3)  Kuat daya tahan badan

  >> Maklmuat lanjut di sini.

Kem Kadet Polis Peringkat Negeri Selangor
Tarikh          : 15 -18 April 2012
Tempat        :  (Akan ditetapkan kemudian.)
Syarat Khas : Pelajar yang telah memenangi acara dalam Perkhemahan Peringkat Daerah.
 

BULAN JUN  :

Pertandingan Menembak : Pistol Revolver .38
Tarikh           : Pertengahan Jun
Tempat         :  Lapang sasar Meru

Penyertaan    : 15 lelaki, 15 perempuan
Bayaran        : RM 15 (duit makan + pengangkutan sendiri - pada hari menembak)
Syarat Khas  : Telah berdaftar di IPD.

----------------------------------------------------------------------------
Tarikh Latihan (Musketry) : Jun 
Tempat     : SMK Sri Andalas
----------------------------------------------------------------------------


BULAN JULAI

Ujian Kenaikan Pangkat Sarjan Mejar dan Sub Inspektor Kadet
Tarikh           : Awal Julai
Tempat         :  SMK Sri Andalas
Penyertaan    : Yang berkelayakan
Bayaran        :  (akan ditetapkan)
Syarat Khas  : 1) Telah berdaftar di IPD.
                       2) Keutamaan kepada pelajar ting 4 hingga ting 6
                       3) Telah menjadi ahli kadet aktif melebihi 2 tahun.
                       4) Sudah mempunyai pangkat Sarjan/ Koperal
                       5) Terlibat dalam akiviti daerah dan negeri secara aktif.
                       6) Mahir selok belok kawad kaki serta pengetahuan polis dan kadet polis.


Semua aktiviti di atas tertakluk pada pindaan dan syarat. Sekiranya terdapat sebarang pindaan, akan dimaklumkan dengan segera.

3 ulasan:

  1. bgos,, menarik,,,
    kadet polis klang selatan teros maju,,,kk

    BalasPadam
  2. salam sejahtera cikgu, boleh saya dapatkan email cikgu sbb sy ada beberapa soalan berkaitan kadet polis...

    BalasPadam