I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selasa, 13 Mac 2012

Cawangan Khas

Cawangan Khas


Visi 
Menjalankan tugas-tugas perisikan dengan cekap dan berkesan, memastikan ketenteraman awam dan keselamatan negara terjamin ke arah mencapai wawasan negara.


Misi 
Menjadikan Cawangan Khas sebuah badan perisikan yang cekap dan berwibawa di Malaysia. 

Fungsi
Memperolehi, mengumpul, menilai dan menyalurkan maklumat risikan kepada pihak berkuasa mengenai bahaya dan ancaman terhadap keselamatan negara. Cawangan Khas juga bertanggungjawab menasihati jabatan dan agensi kerajaan mengenai tindakbalas berkesan bagi mengatasi ancaman berkenaan.

Cawangan-cawangan di bawah jabatan ini ialah :-
  • Inteligen Teknikal ( E1 )
  • Inteligen Sosial ( E2 )
  • Inteligen Luar ( E3 )
  • Inteligen Politik ( E4 )
  • Inteligen Ekonomi ( E5 )
  • Inteligen Keselamatan ( E6 )
  • Pentadbiran ( E7 )
  • Urusetia/Analisis

Kementerian Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam

KDNKA

Misi
Menangani dan menjaga keselamatan dan ketenteraman awam dalam negeri.

Fungsi
  • Mengawal, merancang dan melaksanakan operasi melibatkan ketenteraman awam
  • Merancang dan mengkoordinasikan rondaan maritim bersama dan rondaan sempadan bersama dengan Angkatan Tentera Malaysia serta Angkatan Tentera/Laut dan pengawal pantai negara-negara jiran
  • Merancang, mengawal dan mengkoordinasikan operasi mencari dan menyelamat
  • Membantu Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Perusahaan Awam dalam penguatkuasaan Akta Lalulintas
  • Membantu lain-lain cawangan dalam pasukan dalam melancarkan operasi dan tugas keselamatan khas
  • Bekerjasama dengan Angkatan Tentera dan lain-lain agensi kerajaan berhubung keselamatan negara
Cawangan-cawangan di bawah jabatan ini:-
  • Urusetia
  • Pentadbiran
  • Gerakan
  • Unit Implimentasi C4I
  • Pasukan Simpanan Persekutuan
  • Unit Berkuda
  • Pasukan Gerakan Am
  • Pasukan Gerakan Khas
  • Unit Udara
  • Cawangan Trafik
  • Cawangan Marin
  • Pusat Kawalan Malaysia

Logistik

Logistik

Misi
Menjamin bantuan logistik yang berkualiti dan cemerlang secara berterusan


Fungsi
  • Mengendalikan belanjawan mengurus dan pembangunan PDRM 
  • Merancang, mengurus, mengendali dan menyenggara semua aspek komunikasi, teknologi maklumat, pengangkutan dan persenjataan 
  • Mengurus projek dan menyenggara bangunan serta hartanah 
  • Menguruskan perolehan dan pembekalan kelengkapan am/teknikal PDRM 
  • Mengurus aset PDRM
Bahagaian/Cawangan di bawah jabatan ini ialah:-
  • Cawangan Naziran/Pentadbiran
  • Bahagian Komunikasi
  • Bahagian Teknologi Maklumat
  • Bahagian Pengangkutan
  • Bahagian Kewangan
  • Perolehan Teknikal
  • Bahagian Persenjataan
  • Perolehan Am
  • Bahagian Bangunan
  • Pelupusan/Stok/Verifikasi/Hapus Kira

Siasatan Jenayah Narkotik

Siasatan Jenayah Narkotik

Misi
Memerangi dadah berbahaya sebagai musuh utama negara dengan menguatkuasakan undang-undang untuk menyekat dan mengurangkan permintaan dan bekalan dadah berbahaya.

Fungsi

  • Menguatkuasakan undang-undang penyalahgunaan dan pengedaran dadah
  • Mengumpul, mengkaji, menaksir dan menyebar maklumat berkaitan dadah
  • Menyiasat kegiatan pengedar-pengedar dan sindiket-sindiket pengedaran dadah
  • Membanteras penyeludupan dadah termasuk bahan kimia yang digunakan untuk memproses dadah
  • Melaksanakan program pencegahan berkaitan penyalahgunaan dadah
  • Bertukar maklumat dengan agensi penguatkuasa dadah luar dan dalam negeri
  • Menyimpan rekod dan statistik berkaitan dengan pengedaran dan perkara yang berkaitan dengan dadah
  • Mengawasi kegiatan mereka yang pernah ditangkap kerana terlibat dengan kesalahan dan kegiatan sindiket pengedaran dadah
  • Menyediakan latihan kepada pegawai/anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik samada di dalam dan luar negeri
  • Menghadiri mesyuarat, seminar berkaitan dengan dadah samada di dalam dan di luar negeri
Cawangan-cawangan di bawah jabatan ini ialah:
  • Bahagian Siasatan Khas
  • Bahagian Penyelaras/Perhubungan Antarabangsa
  • Bahagian Pentadbiran
  • Bahagian Tahanan
  • Perlucutan Harta
  • Soalsiasat
  • Pakar/Bantuan Teknik
  • Rekod/Perangkaan
  • Pendaftaran
  • Bahagian Logistik
  • Petugas Lapangan Terbang

Pengurusan

Pengurusan


Misi 
Menggerakkan sistem pengurusan yang mantap sebagai pemangkin kepada kemajuan PDRM

Fungsi
Perkhidmatan/Perjawatan
    • Merangkumi pengambilan, rekod perkhidmatan, pengesahan,kenaikan pangkat, pertukaran, gaji/elaun dan persaraan
  • Pentadbiran Am dan Dasar
    • Merangkumi Pentadbiran Am, Penyelidik/Pembangunan , Hal Ehwal Awam , Kebajikan, Sukan dan PERKEP
  • Latihan
    • Merangkumi pengendalian-pengandalian Kursus Asas, Kursus Pembangunan, Kursus Lanjutan di Institut Pengajian Tinggi dan Kursus Pemulihan
  • Tatatertib
    • Merangkumi bidang tugas pemantauan/tapisan, siasatan/risikan dan tindakan/kaunseling.
Cawangan-cawangan di bawah jabatan ini ialah:-
  • Pentadbiran
  • Cawangan Kebajikan
  • Bahagian Latihan
  • Cawangan Penyelidik/Pembangunan
  • Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan
  • Bahagian Hal Ehwal Awam
  • Cawangan Perhubungan Awam
  • Unit Pengambilan
  • Bahagian Istiadat
  • Cawangan Kem Komandan
  • Majlis Sukan PDRM

Siasatan Jenayah

Siasatan Jenayah

Misi
Membebaskan negara dan masyarakat Malaysia dari jenayah

Fungsi
  • Mengendali penyiasatan dan pengesanan jenayah
  • Menangkap dan mendakwa pesalah-pesalah
  • Menguatkuasakan Undang-Undang berhubung perjudian, maksiat dan kongsi gelap
Cawangan-cawangan di bawah jabatan ini:-
  • D1  -  Bahagian Pentadbiran
  • D2  -  Pendaftar Jenayah
  • D3  -  Bahagian Naziran
  • D4  -  Bahagian Unit Rekod Perangkaan
  • D5  -  Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang
  • D6  -  Bahagian Bantuan Teknik
  • D7  -  Bahagian Kongsi Gelap/Judi/Maksiat
  • D8  -  Bahagian Penyelidik/Perancangan
  • D9  -  Bahagian Siasatan Khas
  • D10 - Bahagian Makmal Forensik
  • D11 - Bahagian Siasatan Seksual
  • D12 - Bahagian NCB/Interpol

Jenis kes jenayah yang disiasat terdiri daripada :-
  • Jenayah Kekerasan
  • Jenayah Harta Benda

Jenayah Kekerasan terdiri daripada kes-kes yang melibatkan kesalahan-kesalahan berikut :-
  • Bunuh
  • Rogol
  • Samun Berkawan Bersenjatapi
  • Samun Berkawan Tanpa Bersenjatapi
  • Samun Bersenjatapi
  • Samun Tanpa Bersenjatapi
  • Mencederakan Manusia.

Jenayah Harta Benda merangkumi kesalahan-kesalahan seperti berikut :-
  • Curi
  • Curi Motolori/Van/Jentera Berat
  • Curi Motokar
  • Curi Motosikal
  • Curi Ragut
  • Pecah Rumah dan Curi Siang Hari
  • Pecah Rumah dan Curi Malam Hari

Pengurusan

Pengurusan


MisiMenggerakkan sistem pengurusan yang mantap sebagai pemangkin kepada kemajuan PDRM

Fungsi
Perkhidmatan/Perjawatan
    • Merangkumi pengambilan, rekod perkhidmatan, pengesahan,kenaikan pangkat, pertukaran, gaji/elaun dan persaraan
  • Pentadbiran Am dan Dasar
    • Merangkumi Pentadbiran Am, Penyelidik/Pembangunan , Hal Ehwal Awam , Kebajikan, Sukan dan PERKEP
  • Latihan
    • Merangkumi pengendalian-pengandalian Kursus Asas, Kursus Pembangunan, Kursus Lanjutan di Institut Pengajian Tinggi dan Kursus Pemulihan
  • Tatatertib
    • Merangkumi bidang tugas pemantauan/tapisan, siasatan/risikan dan tindakan/kaunseling.
Cawangan-cawangan di bawah jabatan ini ialah:-
  • Pentadbiran
  • Cawangan Kebajikan
  • Bahagian Latihan
  • Cawangan Penyelidik/Pembangunan
  • Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan
  • Bahagian Hal Ehwal Awam
  • Cawangan Perhubungan Awam
  • Unit Pengambilan
  • Bahagian Istiadat
  • Cawangan Kem Komandan
  • Majlis Sukan PDRM

Siasatan Jenayah Komersil

Siasatan Jenayah Komersil


Visi  
Menjadi sebuah jabatan penyiasatan yang efisyen, berdaya saing dan proaktif dari aspek membendung penularan semua bentuk jenayah komersil di negara ini.

Fungsi 
Fungsi utama JSJK adalah menjalankan penyiasatan, menangkap, dan mendakwa penjenayah kolar putih yang melakukan kesalahan penipuan, pecah amanah jenayah, pemalsuan jenayah siber dan lain-lain lagi samada kegiatan tersebut dilakukan oleh orang perseorangan mahupun secara bersindiket.

Objektif
Antara objektif JSJK yang telah digariskan oleh pucuk pimpinan adalah: -
  • Menangani semua bentuk jenayah komersil dan peka terhadap perubahan persekitaran yang boleh mewujudkan bentuk jenayah komersil yang baru.
  • Mempercepatkan siasatan dan menghasilkan kualiti siasatan yang bermutu bagi bertujuan mendakwa pesalah di mahkamah dan juga dikenakan tindakan di bawah undang-undang pencegahan.
  • Mengumpul seberapa banyak data mengenai kesalahan jenayah komersil masa kini. Data dikaji dengan teliti dari segi trend, modus operandi dan bentuk (syndicate or non-syndicate) bagi kesalahan yang berkaitan setelah data diproses, ianya di bentuk menjadi satu maklumat yang boleh membantu dalam penyempurnaan siasatan.
  • Menjamin ketelusan penyiasatan di samping menggunakan semua kepakaran sumber manusia yang khusus secara optimum.
Latar belakang Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.
  • Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan telah berkembang dengan pesatnya selaras dengan pembangunan negara dan peningkatan kes-kes jenayah perdagangan.
  • Pada peringkat awalnya ianya dikenali sebagai Cawangan D5 terdiri daripada 44 orang pegawai, anggota dan kakitangan awam yang diketuai oleh seorang pegawai berpangkat Asisten Komisioner Polis (ACP) mengikut Waran Perjawatan No. 179/76.
  • Pada tahun 1989, Jabatan Perkhidmatan Awam telah meluluskan pengembangan BSJP iaitu menurut Waran Perjawatan Bil. 39/89 yang mana bilangan keanggotaan telah ditambah kepada 85 orang pegawai, 22 orang anggota pangkat rendah, 1 mata-mata tambahan, 9 perekod dan diketuai seorang pegawai berpangkat Senior Asisten Komisioner II (SAC II) dengan menyandang jawatan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah.
  • Pada tahun 1996, Waran Perjawatan Bil. 58/96, Penyusunan semula Struktur Organisasi Baru (MSOB) telah diluluskan dimana BSJP diketuai seorang pegawai yang berpangkat Deputi Komisioner Polis (DCP)
  • Pada tahun 2004, Waran Perjawatan (JJP) Bil. 104/04 yang baru telah diluluskan dimana Jabatan Siasatan Jenayah Komersil diketuai oleh Komisioner Polis (CP) sebagai Pengarah JSJK. Dibantu oleh 2 Timbalan Pengarah iaitu Timbalan Pengarah I JSJK dan Timbalan Pengarah II JSJK serta 5 Ketua Penolong Pengarah JSJK iaitu KPP JSJK (Siasatan I), KPP JSJK (Siasatan II), KPP JSJK (Operasi), KPP JSJK (Pentadbiran/Penyelidikan) dan KPP JSJK (Perundangan/Naziran).
Bahagian/Unit di bawah Jabatan ini terdiri 12 Bahagian iaitu :-

Bahagian Siasatan Pengubahan Wang Haram Zon Utara/Timur.
- Unit Zon Utara (Kedah,Perlis, Pulau Pinang, Perak)
- Unit Zon Timur (Pahang, Terengganu, Kelantan)
 

Bahagian Siasatan Pengubahan Wang Haram Zon Tengah/Selatan/Sabah & Sarawak.
- Unit Zon Tengah (Selangor/Kuala Lumpur)
- Unit Zon Selatan (Negeri Sembilan/melada/Johor)
- Unit Zon Sabah/Sarawak (Sabah, Sarawak)
 

Bahagian Siasatan Forensik Accounting.
- Unit Siasatan Forensik Accounting.
- Unit Pengesanan Aset.
- Unit Penyitaan.
 

Bahagian Siasatan Kewangan.
- Unit Insuran.
- Unit Kewangan.
- Unit Koperasi.
- Unit Perbankan.
 

Bahagian Siasatan Koperat.
- Unit Koperat.
- Unit Syarikat.
- Unit Persatuan.
- Unit Pelbagai.
 

Bahagian Siasatan Lain-lain Pemalsuan.
- Unit Kad Kredit.
- Unit Saham Komoditi.
- Unit Pemalsuan.
- Unit Pelencungan.
 

Bahagian Siasatan Jenayah Siber & Multimedia.
- Unit Siasatan Komputer.
- Unit Siastan Internet.
- Unit Siasatan Forensik Komputer.
- Unit Siasatan Filem/Muzik/Paten.
- Unit Siasatan Komputer Sofware.
- Unit Cakera Optik.
 

Bahagian Operasi/Bantuan Teknik.
- Unit Operasi/Bantuan Teknik.
- Unit Fotografi.
- Unit Siasatan Kes Fail.
 

Bahagian Pentadbiran/KAB.
- Unit Pentadbiran.
- Unit Kerjasama Antarabangsa.
- Unit HR/Latihan/Perjawatan/Perkhidmatan.
- Unit Logistik/Komputer.
- Unit Exhibit.
 

Bahagian Penyelidikan/Risikan.
- Unit Risikan.
- Unit Analisa Jenayah/Statistik.
 

Bahagian Naziran.
- Unit Naziran.
 

Bahagian Perundangan.
- Unit Penasihat Undang-undang.
- Unit MACM.
- Unit Habeas Corpus.
- Unit Pengubahan Wang Haram.
- Unit Antarabangsa.

Bidang Kuasa Polis.
  • Penyiasatan.
  • Pendakwaan.
  • Pencegahan.               
  • Risikan.
Peranan/Tanggungjawab JSJK sejajar dengan Seksyen 3(3) Akta Polis 1967 (Akta 344)
  • Mencegah.
  • Mengesan.
  • Menangkap.
  • Mendakwa.
  • Risikan.    
Pendekatan Siasatan
  • Traditional Approach.
  • Task Force.
  • Matrix System.
  • Integrated Approach.
  • Intelligence procument.
Siasatan Kes-kes Mengikut Keutamaan.
  • Kepentingan negara.
  • Kepentingan awam.
  • Kes rumit/kompleks.
  • Kerugian besar.
  • Transborder.
  • Sindiket.
  • Mengugat ekonomi negara.
  • Tokoh-tokoh penting/VIPs.
Kes-kes Bersiri.
  • Fly by night.
  • Tipu tiket Sports toto/Pan Malaysian Pool/Magnum.
  • Black money Scam.
  • Advance fee fraud scam melalui e-mail.
  • Menyamar sebagai Pegawai Kebajikan Masyarakat.
  • Gores dan menang.
  • Skim cepat kaya οΎ– e-mail.
  • Tipu jual/beli tanah.
  • Black jack.
  • Bomoh.
  • Menyamar penjawat awam.
  • Menyamar VIPs.
  • Tipu iklan pekerjaan.
  • SMS-AF4.
Jenis Kes Jenayah Komersil yang disiasat terdiri daripada :-
  • Jenayah Indeks.
  • Jenayah Bukan Indeks.
Jenayah Indeks terdiri daripada kes-kes yang melibatkan kesalahan-kesalah seperti berikut:-
  • Pecah Amahan Jenayah.
  • Tipu (420 KK)
  • Jenayah Siber iaitu Akta Jenayah Komputer, Akta Komunikasi & Multimedia dan Kes ATM.
Jenayah Bukan Indeks terdiri daripada kes-kes yang melibatkan kesalahan-kesalah seperti berikut:-
  • Lain-lain Penipuan.
  • Pemalsuan.
  • Wang Palsu.
  • Kad Kredit.
  • AMLA. (Akta Money Laundering Act)
  • Akta Pemberi Pinjam Wang.
  • Akta Hak Cipta.
  • Akta Penapisan Filem.
  • Lain-lain Agensi Kerajaan.
  • Lain-lain Kes JSJK.

Isnin, 12 Mac 2012

Uniform dan Aksesori Kadet Polis




PERHATIAN........ !!!!!

BERMULA 2016, KADET POLIS KLANG SELATAN 
TELAH MENGESAHKAN BAHAWA;

AKSESORI BUTANG SILVER TIDAK BOLEH DIGUNAKAN LAGI..
HANYA BUTANG PLASTIK BIRU GELAP @ HITAM. 

TERIMA KASIH.



Sabtu, 10 Mac 2012

Perhatian! Kepada semua ahli Kor Kadet Polis SMKTG,

Perjumpaan dan latihan kawad akan dijalankan di Tapak Perhimpunan, SMK Telok Gadong pada :

Tarikh : 10, 12, 13, 14 Mac 2012 (Sabtu, Isnin, Selasa, Rabu)
Masa  :  9.00 hingga 12 tengahari.


Aktiviti :

Sabtu : 1. Tempahan tanda nama (name tag)
            2. Pengenalan kepada lagu Kadet Polis dan PDRM 
            3. Pengambilan Gambar Pendaftaran Kadet Polis
            4. Panduan dan Pengisian Borang Pendaftaran Kadet Polis

Isnin  : 1. Pengenalan kepada uniform dan aksesori kadet Polis
           2. Pengenalan kepada terma-terma dalam kawad dan bahasa-bahasa kawad.  
           3. Latihan Kawad.

Selasa :1. Pengenalan kepada pangkat dan kedudukan dalam PDRM.
            2. Latihan Kawad

Rabu   :1. Pengenalan kepada Jabatan-jabatan dan Organisasi dalam PDRM
            2. Latihan Kawad

Tolong bawa Buku Log untuk catatan nota.  

Harap maklum.

Khamis, 1 Mac 2012

Aktiviti Kem Kadet Polis Daerah Klang Selatan

Berikut merupakan perancangan aktiviti Kor Kadet Polis Daerah Klang Selatan. Kepada mana-mana pelajar yang berminat, sila pastikan anda telah mendaftar terlebih dahulu sebelum menyertai aktiviti-aktiviti tersebut. Had maksimum penyertaan aktiviti daerah: 2 aktiviti setahun. Sila daftarkan nama anda pada aktiviti yang disebut. Harap maklum.

BULAN MAC :

Pertandingan Menembak M-16
Tarikh           : 20 Mac (lelaki), 21 Mac (perempuan)
Tempat         :  Lapang Sasar Jugra, Banting.
Penyertaan    : 15 lelaki, 15 perempuan
Bayaran        :  RM10 (makan), RM10 tambang = RM20.
Syarat Khas  : Telah berdaftar di IPD.

----------------------------------------------------------------------------
Tarikh Latihan (Musketry) : 19 Mac 2012 
Masa        : Lelaki (8.30-12.30 tgh)
                  Perempuan (2.30-4.30 ptg). 
Tempat     : SMK Sri Andalas
Jumlah diperlukan : 15 orang lelaki, 15 perempuan
Pakaian    : Separuh uniform
----------------------------------------------------------------------------






Sambutan Hari Polis ke-205
Tarikh          : 25 Mac 2012 (Ahad)
Masa           : Pagi-tengahari
Tempat        : IPD Klang Selatan
Penyertaan diperlukan : 5 orang (lelaki atau perempuan) dari SMKTG
Syarat Khas : Mempunyai uniform penuh.


Hari Kor Kadet Polis Peringkat Negeri :
Tarikh          :  Raptai : 30 Mac 2012
                      Hari sebenar : 31 Mac 2012.
Tempat        :  IPD Ampang Jaya.
Penyertaan   : 1 Platun lelaki, 1 Platun perempuan. (dari sekolah-sekolah daerah Klang Selatan)
Syarat Khas : 1) Pandai berkawad,
                      2) Mempunyai ketinggian minimum yang ditetapkan.
                          Lelaki : 160 cm. Perempuan : 158 cm.
                      3) Telah berdaftar, dan mempunyai uniform penuh.
 ----------------------------------------------------------------
Tarikh Latihan  : 26, 27, 28 Mac 2012. (petang)
Tempat Latihan: Kompleks Sukan Pandamaran.
-----------------------------------------------------------------



BULAN APRIL :

Kem Kadet Polis Daerah Klang Selatan
Tarikh          : 3-6 April 2012
Tempat        : Kompleks Rakan Muda, Sementa, Klang.
Penyertaan   : 10 lelaki, 10 perempuan.
Syarat Khas :  1)  Telah berdaftar di IPD.
                      2)  Tiada sakit kronik
                      3)  Kuat daya tahan badan

  >> Maklmuat lanjut di sini.

Kem Kadet Polis Peringkat Negeri Selangor
Tarikh          : 15 -18 April 2012
Tempat        :  (Akan ditetapkan kemudian.)
Syarat Khas : Pelajar yang telah memenangi acara dalam Perkhemahan Peringkat Daerah.
 

BULAN JUN  :

Pertandingan Menembak : Pistol Revolver .38
Tarikh           : Pertengahan Jun
Tempat         :  Lapang sasar Meru

Penyertaan    : 15 lelaki, 15 perempuan
Bayaran        : RM 15 (duit makan + pengangkutan sendiri - pada hari menembak)
Syarat Khas  : Telah berdaftar di IPD.

----------------------------------------------------------------------------
Tarikh Latihan (Musketry) : Jun 
Tempat     : SMK Sri Andalas
----------------------------------------------------------------------------


BULAN JULAI

Ujian Kenaikan Pangkat Sarjan Mejar dan Sub Inspektor Kadet
Tarikh           : Awal Julai
Tempat         :  SMK Sri Andalas
Penyertaan    : Yang berkelayakan
Bayaran        :  (akan ditetapkan)
Syarat Khas  : 1) Telah berdaftar di IPD.
                       2) Keutamaan kepada pelajar ting 4 hingga ting 6
                       3) Telah menjadi ahli kadet aktif melebihi 2 tahun.
                       4) Sudah mempunyai pangkat Sarjan/ Koperal
                       5) Terlibat dalam akiviti daerah dan negeri secara aktif.
                       6) Mahir selok belok kawad kaki serta pengetahuan polis dan kadet polis.


Semua aktiviti di atas tertakluk pada pindaan dan syarat. Sekiranya terdapat sebarang pindaan, akan dimaklumkan dengan segera.

Pindaan tarikh Perkhemahan KP daerah (terbaru)

PERHATIAN KEPADA ANGGOTA KADET POLIS SMKTG!!


Perkhemahan Kem Kadet Polis Daerah ditangguhkan ke 3 hingga 6 April 2012. Harap maklum. Terima kasih.

Tolong rujuk di sini untuk maklumat syarat-syarat penyertaan.