I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 9 Julai 2011

: : LIRIK LAGU : INSTRUMENTAL PERBARISAN : :

Tajuk Lagu : Drum Roll

Download Drum Roll.mp3


Tajuk Lagu : Kawalan Masuk Baris

Download Kawalan Masuk Baris.mp3


Tajuk Lagu : Baris Mara 14 Langkah

Download Baris Mara 14 Langkah.mp3


Tajuk Lagu : Penyampaian Sijil (suriram)

Download Penyampaian Sijil (suriram).mp3


Tajuk Lagu :Periksa Baris (Bunga Tanjung)

Download Periksa Baris (Bunga Tanjung).mp3


Tajuk Lagu : Pariksa Baris (Wahai Canggung)

Download Pariksa Baris (Wahai Canggung).mp3


Tajuk Lagu : Hormat Panglima

Download Hormat Panglima.mp3


Tajuk Lagu : Hormat Perdana

Download Hormat Perdana.mp3


Tajuk Lagu : Periksa Baris A

Download Periksa Baris A.mp3


Tajuk Lagu : Periksa Baris B

Download Periksa Baris B.mp3

Download Persembahan Tatu.mp3

: : LIRIK LAGU : TEGAS, ADIL DAN BERHEMAH : :

Tegas, Adil Dan Berhemah
Citra Pasukan Bermaruah
Setia Sepakat Mengatur Langkah
Pertahan Bumi Bertuah

: : LIRIK LAGU : AMALAN KITA : :

Cepat dan betul cogan kita
Khidmat bakti untuk negara
Pedoman semua
Polis diraja kita

Adil amanah tugas dilaksana
Sopan mesra sentiasa
Rajin usaha untuk semua
Itulah amalan kita

: : LIRIK LAGU : POLIS SEDIA BERKHIDMAT : :

Polis sedia berkhidmat
Kerna Negeri dan rakyat
Hidup berbahagia
Aman sentosa
Polis sedia berkhidmat

: : LIRIK LAGU SANG SAKA BIRU : :

Berkibar Sang Saka Biru
Gagah sentiasa
Pusaka Polis Di Raja
Inilah azimat kita

Jumaat, 8 Julai 2011

Undang-undang Jenayah (Common Law)

Perkataan Undang-undang Jenayah telah biasa kita dengar. Tetapi banyak terma-terma dalam undang-undang ini atau dikenali sebagai Common Law yang kita tak pernah dengar kan? Undang-undang Jenayah antara undang-undang yang kita perlu ketahui sebagai tambahan ilmu dan pengetahuan mengenai undang-undang di Malaysia. Dengan mengetahui Undang-undang, Akta-akta dan hukuman bagi jenis kesalahan Jenayah di Malaysia, sedikit sebanyak kita akan berasa gerun untuk melakukan jenayah. Adalah menjadi tanggungjawab Anggota Kadet untuk menyebarkan maklumat mengenai undang-undang ini.

Pecahan-pecahan Undang-undang Jenayah Common Law adalah seperti di bawah . Untuk mengetahui maksud terma-terma berikut, sila rujuk di sini.  

Undang-undang jenayah
Sebahagian daripada siri common law
Unsur-unsur jenayah
Actus reus  · Penyebaban  · Persetujuan
Mens rea  · Niat (jenayah)
Niat dlm undang² Inggeris  · Kesemberonoan
Kebutaan sengaja  · Kecuaian jenayah
Ignorantia juris non excusat
Liabiliti vikarius  · Liabiliti korporat
Liabiliti ketat
Kelas jenayah
Feloni/Kesalahan boleh dakwa  · Hibrid
Misdemeanur/Kesalahan perbicaraan terus
Pelanggaran
Kesalahan terangkum yang lebih ringan
Jenayah terhadap orang
Serangan  · Serangan sentuh  · Rompakan
Penculikan  · Rogol
Kacau-bilau  · Pematian orang  · Pembunuhan
Jenayah terhadap harta
Kecurian  · Larseni  · Jenayah kebakaran
Penggelapan  · Dakwaan palsu
Pemerasan  · Pemalsuan  · Jenayah komputer
Jenayah terhadap keadilan
Halangan terhadap keadilan  · Sogokan
Sumpah bohong  · Kegagalan pelaporan feloni
Jenayah inkoat
Pendorongan  · Cubaan
Konspirasi  · Peserta
Subset
Prosedur jenayah
Kategori:Pembelaan jenayah
Bidang common law yang lain
Undang-undang: Kontrak · Tort  · Harta
Wasiat dan amanah  · Bukti

Jenayah

Jenayah merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang kerajaan sesuatu tempat. Orang yang melakukan perbuatan jenayah ini dinamakan penjenayah.
Idea asas apa yang dikatakan jenayah ialah apa-apa yang boleh memberikan masalah atau kesusahan kepada orang lain. Sebagai contoh, semua orang bersetuju bahawa mencuri dan mencederakan/membunuh orang lain adalah perbuatan jenayah.

Perkhemahan

Perkara yang perlu dilakukan sebelum memulakan aktiviti perkhemahan :

  1. Jenis perkhemahan yang ingin dijalankan.
  2. Perancangan tempat
  3. Persiapan alatan perkhemahan
  4. Persiapan Pengangkutan
  5. Persiapan Kecemasan
Jenis perkhemahan yang ingin dijalankan :

Perkara paling utama. Tetapkan :
  1. Jenis perkhemahan yang ingin anda buat (kem ibadah, kem latih diri, kem motivasi, kem ikhtiar hidup dan lain-lain)
  2. Tempoh perkhemahan dijalankan (berapa hari diperlukan)
  3. Jenis aktiviti yang ingin dijalankan (jungle trekking, flying fox dan sebagainya) 
  4. Had umur peserta (kanak-kanak, remaja, orang dewasa, warga tua)
  5. Jumlah penyertaan (skala kecil atau skala besar) dan 
  6. Urusetia yang bakal terlibat (ajk pengangkutan, penginapan, persiapan tempat dan lain-lain).
Dari sini anda akan tahu tempat bagaimana yang sesuai untuk aktiviti tersebut.   

Perancangan tempat :

Perkara paling penting. Rancang terlebih dahulu tempat yang anda ingin pergi dan rangka pelan tambahan (Plan B) sebagai persediaan sekiranya berlaku kecemasan. Antara perkara yang perlu diambil kira ketika memilih lokasi perkhemahan:

  1. Fasiliti atau kemudahan yang disediakan di lokasi - ada kemudahan air, elektrik/unggun api, tempat solat, tapak khemah/asrama/penginapan, dewan makan/tempat masak, bilik mandi/bilik air/tempat basuh baju/ampaian, pasar/kedai berdekatan, klinik/hospital terdekat untuk kecemasan, tempat riadah/aktiviti lasak, jurulatih/fasilitator.  
  2. Kebenaran daripada pemilik tempat - sekiranya tampat perlu dibayar, semak bayaran yang dikenakan, apa syarat dan peraturan penggunaan tempat, apa jenis kemudahan yang dapat disediakan dan bayaran yang dikenakan (kenderaan, bantuan PA Sistem, jurulatih).
Dari sini anda akan dapat mengetahui apa syarat dan peraturan yang perlu dikenakan pada peserta, bayaran dan kelengkapan yang perlu disediakan dan dibawa oleh peserta dan urusetia, dan jenis AJK yang perlu untuk menguruskan perkhemahan.

Persiapan alatan perkhemahan

Juga sangat penting. Persiapan alatan perkhemahan bergantung kepada jenis perkhemahan dan tempat perkhemahan terbabit. Sekiranya fasiliti yang disediakan lengkap seperti di kem resort atau di mana-mana tapak perkhemahan yang diselia secara formal, alatan yang diperlukan tidak perlu terlampau banyak. Sekiranya fasiliti tidak lengkap, seperti di kaki gunung, puncak gunung, hutan, atau mana-mana tempat yang tidak diselia secara formal, alatan yang diperlukan akan lebih banyak dan rumit. Antara jenis alatan yang mungkin perlu diambil kira :

  1. Alatan penginapan.
  2. alatan makanan, dan minuman
  3. alatan kelengkapan diri dan kebersihan
  4. alatan keselamatan
  5. alatan kecemasan.
1.  Alatan penginapan
     
     Melibatkan kelengkapan tidur atau bermalam. Di mana anda akan tidur ketika kem? Hostel/asrama? atau khemah. 

Jika di hostel/ asrama :
-  Bawa selimut untuk melindungi diri ketika malam. keadaan mungkin lebih sejuk ketika malam di sesetengah tempat perkhemahan.

Jika berkhemah :
- Sediakan khemah yang mencukupi. jumlah khemah bergantung kepada jumlah peserta. Terdapat beberapa jenis khemah yang dijual di pasaran. Malah khemah2 ini ada bilangan maksimum yang disarankan. Terdapat khemah untuk 2, 4, 6, dan 8 orang.   

Persiapan Pengangkutan

(akan update)


Persiapan Kecemasan

(akan update)



 

Rujukan :

http://www.scoutmastercg.com/2009/08/ten-tips-for-camping-in-the-rain/

http://www.tcsys.com/troop250/basic_8.html#SKILL1

http://camping.about.com/od/campingforbeginners/a/campinglesson1.htm

http://www.angelfire.com/ia3/camping/equipment.htm

Pertolongan Cemas / Bantu Mula



Definisi:

Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital.

Prinsip-prinsip pertolongan cemas:
  1. Menyelamatakan nyawa
  2. Mengurangkan kesakitan
  3. Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk
  4. Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital

Penyeluk Saku


Cara-cara untuk menghindari penyeluk saku:

Rogol


Cara-cara mengelak dari kejadian rogol :

Kecurian Kenderaan


Tempat-tempat di mana kecurian berlaku:
  • Tempat letak kereta awam, kompleks membeli-belah, di depan rumah, tepi jalan raya dan tempat letak kereta di hotel menjadi tempat yang sering berlakunya jenayah ini.

Ragut



Di manakah peragut dan penyeluk saku bertindak
  • Peragut sering bertindak di jalan atau lorong yang gelap atau sunyi.
  • Lazimnya peragut menggunakan kenderaan seperti motorsikal atau kereta untuk melakukan kegiatan mereka.

Rompak / Samun


Rompakan di rumah
  • Pastikan pintu pagar atau pintu utama dikunci sepanjang masa.
  • Jangan buka pintu kepada orang yang tidak dikenali.
  • Kenal pasti pelawat melalui 'door viewer' dan pastikan rantai kunci pintu berkunci apabila bercakap dengan pelawat yang tidak dikenali.
  • Maklumkan kepada ahli keluarga terlebih dahulu jika anda menyuruh kawan atau seseorang ke rumah anda.


Jabatan-jabatan di PDRM

PDRM terbahagi kepada 8 jabatan utama yang terdiri Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Logistik, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDN/KA), Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan satu jabatan baru yang ditubuhkan iaitu Pasukan Petugas Khas. Jabatan-Jabatan ini diketuai oleh Pengarah-pengarah yang berpangkat Komisioner Polis.

Maklumat Am Kadet Polis Diraja Malaysia

Pasukan Kadet Polis Diraja Malaysia adalah pasukan beruniform yang wujud di seluruh sekolah-sekolah menengah di Malaysia yang berupaya mendisiplinkan pelajar-pelajar sekolah dan berupaya mengelakkan diri mereka daripada segala kegiatan negatif yang mampu merugikan diri sendiri.
 
SEJARAH PENUBUHAN

Idea penubuhan kadet polis ini telah dicetuskan oleh Ketua Polis Negara yang kedua, Allahyarham Tun Mohamed Salleh bin Ismail ketika merasmikan Pelancaran Pasukan Kadet Polis pada 2 Mac 1970. Allahyarham dalam ucapannya yang berbunyi.
"The overall objective is to make the cadet a responsible citizen of the future. He must yield a strong and healthy influence among his colleagues, friends and family so that in the years ahead, there will he a new breed, of enlightened good citizens contributing to nation building."


Khamis, 7 Julai 2011

Salam Persahabatan

Selamat Datang kepada anggota Kor Kadet Polis SMKTG. Di sini saya akan menyediakan dan melaporkan segala nota, latihan dan aktiviti Kor Kadet Polis SMKTG sepanjang tahun. Nota-nota kawad dan segala nota untuk buku log boleh dapatkan di sini. Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Segala pertanyaan, pendapat atau idea boleh ajukan ke blog ini atau kepada saya terus di sekolah.

Terima kasih dan selamat menyertai Kor Kadet Polis.

Yang ikhlas,
Guru Penasihat Kor Kadet Polis SMKTG